by Oh! Semput
Kebanjiran pelarian etnik Rohingya dari Myanmar ke Malaysia kini dilihat semakin mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat tempatan apabila komuniti tersebut didakwa mula membentuk koloni sendiri serta menguasai aktiviti ekonomi di beberapa kawasan.
Menurut Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain, kemarahan rakyat terhadap isu ini bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya telah terkumpul sejak bertahun-tahun susulan pelbagai isu melibatkan komuniti pelarian tersebut yang didakwa masih tiada penyelesaian jelas daripada pihak berkuasa.

Katanya, rakyat Malaysia secara umum tidak mempertikaikan hak kemanusiaan asas seperti akses pendidikan dan rawatan kesihatan kepada pelarian. Namun, persoalan mula timbul apabila ada dalam kalangan mereka dilihat mampu menjalankan perniagaan, bekerja secara bebas serta memiliki sumber kewangan yang besar.
Antara yang menjadi perhatian ramai ialah bagaimana sebahagian daripada mereka boleh berniaga, memandu kenderaan dan menjalankan aktiviti ekonomi walaupun status mereka sebagai pelarian.
Lebih mengejutkan, semasa sambutan Aidiladha tahun ini di Selayang, komuniti Rohingya dilaporkan mampu membeli kira-kira 70 ekor lembu korban dengan nilai dianggarkan melebihi RM700,000, sekaligus mencetuskan tanda tanya mengenai sumber kewangan yang dimiliki mereka.
Foto : Kosmo Online Mohd Sophian yang kerap turun padang turut mendakwa bahawa antara taktik yang digunakan ialah konsep “Alibaba”, iaitu menjalankan operasi perniagaan menggunakan lesen milik warga tempatan.
Sehubungan itu, pihak berkuasa diseru supaya mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada terhadap mana-mana individu tempatan yang didakwa menyewakan lesen perniagaan atau menggajikan pelarian Rohingya tanpa dokumen kerja yang sah.
Selain isu ekonomi, kelemahan penguatkuasaan dan ketiadaan garis masa yang jelas mengenai proses penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga turut dilihat memburukkan lagi keadaan serta meningkatkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat tempatan. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“ Duit Dari Mana?” – Netizen Persoal Pelarian Rohingya Mampu Korban 70 Ekor Lembu Bernilai Lebih RM700,000 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.