Liga Super: Penalti Minit Akhir Sangkal Peluang Kedah Untuk Rampas Takhta JDT

by Oh! Semput


HOME Posted on 05 May 2021 01:31:08



Jaringan minit akhir oleh penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson telah memberikan kemenangan 1-0 ke atas Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman.

Satu perlawanan yang agak seimbang sepanjang 90 minit sebelum bek tengah, Renan Alves menjadi duri dalam daging apabila memberikan penalti buat Harimau Selatan di saat Kedah hampir berjaya mengikat juara Liga Super tujuh kali itu.

Kedah turun dengan dua perubahan pemain dan perubahan formasi kepada 4-1-3-2. Amirul Hisyam kembali tersenarai dalam kesebelasan utama dan kembali ke posisi asalnya, tengah bertahan selain Rodney Calvin kembali daripada penggantungan.

JDT membuat empat perubahan dengan kemasukkan semula bek tengah, Mauricio dan juga Afiq Fazail yang tidak beraksi minggu lalu. Tempat Hariss Harun pula diambil kembali oleh Natxo Insa di posisi tengah dan Safawi Rasid di sebelah kanan.

Kesebelasan utama Kedah Darul Aman dan Johor Darul Ta'zim untuk perlawanan LS12 jam 10 malam ini.

Siaran langsung di TV Okey, Sukan RTM, saluran YouTube unifi, unifi tv dan aplikasi playTV.#KDAJDT#LigaSuper2021 pic.twitter.com/sMtDgzEKgu

— Sukanz (@sukanzcom) May 4, 2021

JDT yang gagal mencatatkan kemenangan dalam dua aksi sebelum ini dilihat bermula dengan garang apabila mengasak ke kubu tuan rumah sejak wisel permulaan. Namun, segalanya masih belum menjadi apabila serangan dibazirkan oleh jentera serangan.

Kedah akhirnya membuat percubaan pertama ke gawang pelawat apabila serangan balas pantas yang dijana dari bawah gagal disambar kemas Rabih Ataya di depan gawang dan terkena tiang gol di minit ke-5, bermula hantaran lolos Kpah Sherman.

JDT kembali mengawal perlawanan selepas itu dan berhasil melancarkan beberapa gerakan berbahaya ke defensive third tuan rumah. Minit ke-11, Shahril Sa’ari terpaksa meninggalkan posisinya untuk memintas hantaran baik kepada Safawi Rasid.

Shahril Sa’ari sekali lagi berjaya menafikan peluang pelawat di minit ke-21 menerusi sepakan percuma rendah oleh Safawi Rasid sebelum percubaan jarak jauh Bergson, yang gagal meledak dalam dua perlawanan, tersasar daripada gawang gol.

Kedah Darul Aman gagal menewaskan Johor Darul Ta'zim dalam semua kejohanan sejak Ogos 2018.

Adakah ini harinya mereka mampu menewaskan Harimau Selatan?#KDAJDT#LigaSuper2021 pic.twitter.com/EHLMOGAspr

— Sukanz (@sukanzcom) May 4, 2021

Tuan rumah berpeluang untuk meledak gol pada minit ke-40, namun tandukkan Kpah Sherman hanya singgah di palang gol yang dikawal Farizal Marlias hasil daripada sepakan percuma yang diambil oleh playmaker Kedah, Rabih Ataya.

Babak kedua, bola lebih banyak bertukar-tukar di kawasan middle third dengan kedua-dua pasukan saling cuba menjana asakan ke kubu lawan. Aksi tampak seimbang dalam babak kedua dengan hanya beberapa asakan dihasilkan kedua-dua pasukan.

Percubaan terbaik pelawat hadir di minit ke-51, namun tandukkan Bergson berjaya ditepis oleh Shahril Sa’ari yang dilihat dipaksa bekerja keras dalam perlawanan malam ini. Sementara untuk Kedah pula, sepakan percuma Rabih Ataya ditangkap kemas oleh Farizal Marlias selain Kpah Sherman yang terlepas peluang menggegar jaring lawan.

Akhirnya bentesan keras Renan Alves terhadap pemain gantian, Mohamadou Sumareh menjadi punca sepakan penalti dihadiahkan dan ia telah disempurnakan oleh Bergson pada penghujung perlawanan, sekaligus mengubat kekecewaannya yang terlepas dua peluang pada minit ke-85 dan ke-86 untuk meledak gol lebih awal buat mereka.

JDT berjaya mengekalkan kedudukan mereka di takhta liga dengan kemenangan tipis ini dengan mengumpul 27 mata, tiga mata di depan Terengganu yang turut meraih kemenangan ke atas UiTM FC, sementara Kedah pula turun ke kedudukan ketiga.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News