Surat tawaran penganugerahan gelaran Dato kepada Goh Boon Leong palsu

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Mar 2018 18:01:51


SUHANA MD. YUSOP

13 Mac 2018 8:03 PM

SHAH ALAM - Dewan Diraja Selangor menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat tawaran penganugerahan darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor yang membawa gelaran 'Dato' kepada individu bernama Goh Boon Leong.

Setiausahanya, Hanafisah Jais berkata, satu laporan polis telah dibuat ke atas individu berkenaan atas dakwaan pemalsuan surat berkenaan yang kononnya telah mendapat perkenan Sultan Selangor.

Menurutnya, surat palsu berkenaan juga mengandungi beberapa fakta tidak benar termasuk menggunakan Jata Negeri Selangor yang salah serta nama dan tandatangan Setiausaha Dewan Diraja yang palsu.

"Perbuatan ini adalah satu jenayah penipuan yang amat serius dengan tujuan untuk memperdaya orang ramai, menjejaskan nama bail Sultan Selangor serta mencemarkan institusi Diraja Selangor.

"Diharap orang ramai mengambil maklum mengenai perkara ini dan mengelak daripada terpedaya atas cubaan individu tertentu yang melakukanpenipuan demi kepentingan peribadi mereka,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hanafisah turut memberitahu, orang ramai digesa untuk mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang keraguan membabitkan penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor. - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop

Related News


Leave a Comment: