Susulan kes bunuh dan bakar, tiga lagi ditahan 

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 15 Sep 2019 20:02:36

ROSLIZA MOHAMED

15 September 2019 12:21 PM

KOTA BHARU - Tiga lagi suspek kes bunuh dan bakar ditahan dengan menjadikan kesemuanya 14 tangkapan dalam kejadian di Sungai Kampung Puyu, Semerak, Pasir Puteh, dua minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan berasingan di Balai Polis Pasir Puteh; Jerteh, Terengganu dan Pulau Pinang pada Rabu dan Khamis lalu.

"Wanita berusia 20-an ditahan di Jerteh, Terengganu, manakala masing-masing lelaki berusia 30-an ditahan di Balai Polis Pasir Puteh, ketika datang menyerah diri serta seorang lagi ditahan di Pulau Pinang.

"Semua suspek direman selama tujuh hari yang  berakhir pada 18 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Semua suspek yang ditahan juga rakan kepada mangsa, selain menemui sebuah motosikal milik mangsa di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini seramai 11 suspek termasuk empat wanita berusia antara 20 sehingga 50 tahun ditahan.

Katanya, pihaknya sedang mengumpul semua maklumat berkaitan kejadian itu sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki dikenali Aiman, 26,  ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Kampung Puyu, Semerak, Pasir Puteh, pada 4 September lalu.

Siasatan awal kejadian dipercayai berpunca daripada mangsa yang dikatakan mengganggu teman wanita salah seorang suspek.

Mayat mangsa dituntut keluarganya dari Jertih, Terengganu selepas pengecaman dibuat hasil bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts