Acer Swift Blade 14 Ialah Komputer Riba Paling Ringan Dengan Berat 799g Sahaja

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 02 Sep 2026 10:30:54

Jika anda mencari sebuah komputer riba nipis dan ringan mampu-milik untuk tujuan produktiviti, Acer telah memperkenalkan komputer riba paling ringan mereka dengan Acer Swift Blade 14. Komputer riba ini hadir dengan berat 799g sahaja, menjadikannya komputer riba 14 inci paling ringan yang akan memasuki pasaran kelak.

Acer Swift Blade 14 hadir dengan paparan skrin OLED 14 inci dengan resolusi 3K yang hadir dengan kemampuan untuk mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3 dan hadir dengan nisbah paparan 16:10 dimana saiz paparan aktif adalah 90 peratus daripada saiz rangka panel tersebut.

Dalam pada itu, Acer Swift cip pemprosesan Intel “Wildcat Lake” yang termasuklah pilihan CPU Intel Core 7 350 dengan 12GB memori LPDDR5 dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB, sesuai bukan sahaja untuk produktiviti di pejabat, tetapi juga untuk pelajar pusat pengajian yang mahukan sebuah komputer riba yang nipis dan ringan, tetapi mempunyai kemampuan yang mencukupi untuk pelbagai jenis tugasan.

Bercakap mengenai nipis dan ringan, selain daripada berat 799g, Acer Swift Blade 14 juga hadir dengan rangka senipis 12.9mm dan Acer berjaya melakukannya dengan gabungan penggunaan bahan-bahan yang bukan sahaja ringan, tetapi teguh, seperti aluminum, magnesium dan juga gentian karbon.

Walaupun dengan rekaan yang nipis dan ringan ini, Acer Swift Blade 14 masih dimuatkan dengan palam-palam I/O seperti tiga palam USB 3.2 Gen 1 Type-C. Ia juga mempunyai bateri 50WHr terbina yang membolehkannya beroperasi sepanjang hari tanpa perlu ditambatkan ke mana-mana bekalan kuasa yang lain.

Acer Swift Blade 14 tampil dengan pilihan warna Marshmallow Blue dan Marshmallow White. Butiran lanjut mengenai komputer riba ini akan diumumkan kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts