Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 05 Sep 2024 07:00:48

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar sah cerai talak satu pada jam 10.30 pagi di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Selangor hari ini.

Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata, terdapat pelanggaran taklik yang mempunyai kaitan dengan hantaran dibuat Ira di media sosial miliknya sebelum ini.

Ira Kazar sah cerai talak satu

Ira Kazar sah cerai talak satu

Artikel lain: Syamsul Yusof sedia lepaskan isteri, Ira Kazar pula lantik peguam

“Mahkamah mengesahkan bahawa penceraian telah berlaku di luar mahkamah antara Syamsul Yusof dan Ira Kazar.
“Lafaz taklik itu sebenarnya mengesahkan lafaz cerai luar mahkamah itu menjatuhkan talak atau tidak, dan mahkamah buat keputusan bahawa lafaz tersebut sah dan jatuh talak satu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Selangor hari ini.

Peguam mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais pula menjelaskan Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali dimana kali pertama dilakukan pada 14 Ogos lalu dalam keadaan tanpa paksaan.

Penceraian telah berlaku pada 14 Ogos lalu dan Ira telah memulakan tempoh edah pada tarikh yang sama.

Sementara itu, Ira atau Faghira Fatini Kazaruddin, 29, meluahkan rasa syukur apabila segala urusan telah selesai selain enggan memberi sebarang komen berhubung penceraian yang berlaku hari ini.

Ira Kazar sah cerai talak satu

alt

“Alhamdulilah, semuanya dah selesai..” ujar Ira.

Sebutan kes berkenaan sepatutnya berlangsung pada 25 September ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Terdahulu, Syamsul memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.

Sekadar info, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Syamsul juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada  8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts