Bapa Dari Syria Ajar Anak Ketawa Setiap Kali Dengar Bunyi BOM, Kuat Betul Dugaan Mereka

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 24 Feb 2020 06:05:30

Pengalaman meneruskan kehidupan di negara yang terancam keselamatan diri pastinya akan menimbulkan pelbagai perasaan termasuklah rasa takut pada setiap masa.

Pastinya mereka yang berada di sana mengalami kekurangan makanan, kesusahan hidup dan perlu sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan ahli keluarga.

Di saat negara kita dikurniakan kehidupan harmoni, masyarakat Syria menjadi sasaran bom atau peluru berpandu dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin merampas kediaman mereka.

Kebiasaannya tangisan dan jeritan akan memenuhi setiap ruang. Namun pada kali ini, seorang bapa yang kreatif telah mengajar anak perempuannya untuk sentiasa ketawa ketika mendengar bunyi pesawat mahupun letupan bom.

Abdullah al-Mohammad menjadikan kejadian letupan bom sebagai sebuah alat ‘permainan’ untuk mengurangkan rasa takut pada anak perempuannya, Salwa yang baru berusia 3 tahun susulan konflik semakin tegang di wilayah Idlib.

Setiap kali datangnya bunyi-bunyi tersebut, al-Mohammad akan menanyakan Salwa dengan soalan apakah bunyi berkenaan.

“Adakah ia bunyi pesawat atau mortar?” tanya al-Mohammad kepada anaknya.

“Mortar,” jawab kanak-kanak itu.

“Apabila ia datang, kita ketawa,” katanya sambil disambut senyuman si comel terbabit.

what a sad world,

To distract 4-year old Selva, her father Abdullah has made up a game.

Each time a bomb drops in Idlib #Syria, they laugh, so she doesn’t get scared.

pic.twitter.com/TCCaplvy95

— Ali Mustafa (@Ali_Mustafa) February 17, 2020

Perkongsian sebuah rakaman video yang telah ditonton lebih dua juta kali dalam media sosial menunjukkan Abdullah bersama anaknya memaparkan mereka seronok bermain dengan ‘permainan’ berkenaan.

Karenah dua beranak ini telah dikaitkan dengan filem Life Is Beautiful iaitu filem arahan Roberto yang mengisahkan seorang cuba menenangkan anak lelakinya ketika mereka dalam kem tahanan Nazi.

Akibat perang saudara berterusan melanda Syria, al-Mohammad terpaksa meninggalkan kediaman. Dia bersama anak perempuannya kini menumpang di rumah rakan di bandar Sarmada, Idlib.

anak rasa takut

credit to sources

“Terlalu banyak kejadian pengeboman. Kanak-kanak menderita masalah psikologi kesan pengeboman tersebut. Saya cuba memikirkan cara untuk menjadikan ia sebagai sumber kegembiraan dan bukan ketakutan kepada kanak-kanak.

“Saya ajar Salwa ketawa setiap kali dengar bunyi bom dan dia menganggap ia sebagai senjata mainan,” lapor The Independent memetik kenyataan al-Mohammad.

Sejak Disember lalu, kira-kira 700 000 penduduk terpaksa melarikan diri dari Idlib selepas rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad melancarkan operasi ketenteraan di wilayah tersebut. 

Cara mengatasi rasa takut anak

#1. Mengatasi rasa takut bersama-sama

Hal yang biasa anak kecil takut adalah kegelapan dan bunyi-bunyian yang menggerunkan. Sebagai ibu ayah, anda perlu membantu anak-anak untuk berasa lebih tenang dan memberikan bayangan perkara-perkara ajaib akan berlaku.

Sebagai contoh, anda boleh mengajarkan mereka dengan perlindungan ayat-ayat al-Quran sebagai sumber kekuatan jiwa anak-anak.

Takut pada hantu adalah sesuatu perkara yang susah untuk diatasi. Tidak seperti takut air, hantu adalah topik yang abstrak dan sukar dibuktikan secara rasional.

Oleh karena itu, tidak ada salahnya anda mencipta cerita pendek untuk membantu anak mengatasi rasa takutnya.

#2. Jangan remehkan ketakutan anak

rasa takut anak

credit to sources

Tidak kisah berapa kerap anak memberikan alasan berasa takut, ibu perlu menyedari bahawa si manja anda menganggap ia adalah sesuatu yang begitu serius dan nyata.

Elakkan mentertawakan anak-anak ketika anda mendapati mereka sedang mengalami ketakutan sekiranya melihat kucing atau mendengar siren ambulans.

Sering kali terjadi ibu ayah menganggap ia adalah reaksi lucu ketika anak menjerit ketakutan, malah hal yang ebih buruk adalah anda sengaja menakut-nakutkan lagi si kecil.

#3. Hiburkan dengan kata-kata positif

Bina kekuatan jiwa dan diri si manja ketika mereka sedang cemas dan hulurkan bantuan untuk mengatasinya dengan tenang.

Dalam hal ini, ibu ayah boleh mengungkapkan ayat seperti:

” Baiknya anak ibu, tenang sahaja kerana kamu akan baik-baik sahaja,” 

#4. Hormati perasaan anak

mengatasi rasa takut anak

credit to sources

Ketika anak mula berasa cemas sehingga jelas kelihatan pada mimik muka, anda tidak boleh meremehkan perasaan tersebut dan perlu menghormatinya.

Berikan pelukan hangat untuk membuatkan mereka lebih tenang dan berasa selamat kerana mereka sedar ibu dan ayah sentiasa menemani setiap masa.

#5. Latih anak menghadapi ketakutannya

Dedahkkan anak untuk terbiasa berhadapan dengan penyebab ketakutan mereka. Misalnya jika mereka takut dengan keadaan gelap, anda boleh mematikan lampu selama 10 minit awal sebelum anak tidur pada setiap hari.

Anda juga boleh bergurau atau sama-sama menyanyi ketika menunggu lampu dinyalakan lagi. Dengan cara ini, ia sekaligus anak dapat mengajarkan anak-anak untuk tidak perlu risau ketika berada dalam gelap.

: Sinar Harian, Fimela

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Bapa Dari Syria Ajar Anak Ketawa Setiap Kali Dengar Bunyi BOM, Kuat Betul Dugaan Mereka

Baca juga:

Wajib tahu! 8 perkara yang buat anak takut, dan cara terbaik menanganinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts