Tahniah! Akim Ahmad luah rasa syukur, Stacy selamat bersalin anak lelaki

by Oh! Semput


2
SHARES
22
VIEWS
Posted on 06 Aug 2022 18:31:01

Lama tidak mendengar khabar pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy Anam selepas kemenangan tempat kedua mereka di pentas Juara Lagu ke-36 bersama Marsha Milan tempoh hari.

Difahamkan, ketika itu Stacy sedang berbadan dua dan kandungannya sudah masuk ke trimester kedua.

Walaupun jarang dilihat di kaca televisyen, mereka masih lagi aktif berkongsi kegiatan harian bersama keluarga di media sosial seperti pergi berjalan-jalan ataupun pulang ke kampung bersama anak-anak.

Terbaru, vokalis Akim & The Majistret itu telah berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan yang isteri tercinta selamat melahirkan anak kedua mereka.

Dalam posting yang disertakan dengan gambar bayi lelaki mereka, Akim menyatakan yang putera pertamanya itu lahir pada jam 10.19 pagi,  6 Ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 hijrah.

Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri kerana telah bertarung nyawa melahirkan zuriat tercinta mereka.

alt

Perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah dan rasa syukur di atas kurniaan rezeki daripada Allah S.W.T kepada pasangan tersebut.

Rata-rata mendoakan agar cahaya mata pasangan selebriti ini membesar menjadi anak yang soleh serta berbakti kepada orang tua.

alt

alt

alt

Untuk makluman, Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim bin Ahmad telah melangsungkan pernikahan dengan penyanyi lagu Pelangi Senja, Stracie Angie Anam atau Ummu Shaikhah Stacy pada 4 Februari 2016.

Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eshaal yang kini berusia 5 tahun. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Bella Deluna berusia 10 tahun.

: Instagram Akim Ahmad

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts