(TAHNIAH) Raja Ilya Bakal Bernikah Dengan Ahli Perniagaan Di Australia Bulan Depan

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 19 Nov 2018 08:02:53

Baru sahaja dilamar pada bulan Oktober lalu, pelakon Raja Ilya mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan cinta hatinya yang merupakan seorang ahli perniagaan pada 23 Disember depan di kediaman bakal suaminya itu di Perth, Australia. Majlis pernikahan mereka akan diadakan secara tertutup.

Pada awalnya, mereka berdua merencana untuk berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi tetapi mengambil keputusan untuk mempercepatkannya memandangkan masing-masing sudah bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan.

Sebenarnya kami merancang untuk berkahwin sekitar dua tahun lagi. Namun ia bertukar menjadi setahun sebab rasa terlalu lama. Namun ketika dia datang ke Malaysia bulan lalu dia ajak saya kahwin sebab katanya tiada sebab untuk tunggu lama memandangkan kedua-duanya sudah bersedia. Tiada sebab untuk saya tangguhkan perkara yang baik. Lagipun kami berdua sangat teruja untuk menjalani alam rumah tangga bersama.

Betul tu, benda baik apa salahnya dipercepatkan, lagipun mereka sudah bercinta selama enam tahun lamanya. Semoga segala perancangan perkahwinan Ilya dan bakal suami berjalan dengan lancar.

Berita : Harian Metro

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts