Tahniah! Isteri selamat bersalin, Eizlan Yusof timang ‘baby’ baru

by Oh! Semput


9
SHARES
122
VIEWS
Posted on 13 Apr 2021 14:01:41

Selepas hampir setahun lebih mendirikan rumah tangga,  Datuk Eizlan Yusof, 49 akhirnya menimang cahaya mata pertama dengan isterinya, Datin Natasha Rosa Boudville.

Hal ini dimaklumkan sendiri Eizlan menerusi Instagramnya sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu telah menzahirkan rasa syukur kerana isterinya selamat bersalin dan kedua-duanya berada dalam keadaan baik.

Selain itu, Eizlan turut mengucapakan terima kasih kepada semua doa dan ingatan kepada keluarganya disamping menceritakan bahawa baju yang dipakai adalah baju yang sama digunakan ketika menyambut tiga anaknya yang lain pada perkahwinan terdahulu.

alt

Instagram pelakon tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah diatas kelahiran anak keempatnya dan anak pertama bersama Natasha.

Sebelum ini, Eizlan Yusof pernah berkahwin dengan Vie Santie Harun sebelum berpisah pada tahun 2014. Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

: Eizlan Yusof

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts