PM ucap tahniah sempena hari keputeraan rasmi Agong

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 04 Jun 2023 15:00:25

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda esok.

Anwar, bagi pihak kerajaan perpaduan, turut mendoakan agar Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat, hidayah, berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Perdana menteri turut berharap Seri Paduka kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara selaras fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam, lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di Malaysia. – Bernama, 4 Jun, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts