Tahniah! Syamsul Yusof Kongsi Gambar Anak dan Ucapan Buat Isteri. Comel Sangat Anak Mereka..

by Oh! Semput


9
SHARES
121
VIEWS
Posted on 19 Apr 2017 06:00:22


Pasangan suami isteri mana yang tidak gembira apabila doktor mengesahkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.

Rezeki untuk setiap pasangan sudah ditentukan cuma kita tidak tahu bila masa yang sesuai untuk menerima orang baru dalam keluarga.

Sebelum ini pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof telah mengesahkan tentang kehamilan isterinya yang ketika itu sudah berusia 3 bulan.

Berita itu sengaja dirahsiakan dari umum dan juga keluarga kerana tidak mahu ia terlalu diheboh. Yela bak kata orang tua-tua, risau tak menjadi.

Dan hari ini, sudah pasti ia menjadi detik-detik yang amat menggembirakan apabila isterinya iaitu seorang pelakon, Puteri Sarah Liyana telah selamat melahirkan putera sulung mereka awal pagi hari ini (Rabu).

Syamsul juga telah memuat naik gambar hero mereka beserta kapsyen di akaun Instagram miliknya dan nama yang diberi kepada cucu pertama Datuk Yusof Haslam ini ialah Syaikhul Islam Bin Mohd Shamsul.


Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan,bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang islam yg ikhlas wahai Syaikhul Islam Bin Mohd Shamsul.

Marhaban ya Syaikhul Islam..Marhaban..Terima kasih isteriku @puterisarahliyana

#MahaSuciAllah #Alhamdulillah #DeeplyGreatful #SyamsulYusof #TangisanKesyukuran

: http://www.suria.my

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts