by Oh! Semput
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti supaya terus merendah diri, dahagakan kejayaan dan kekal fokus dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat sempena ulang tahun ke-60 parti itu.
Memetik laporan daripada Bernama, beliau menyatakan sepanjang enam dekad, DAP telah berkembang menjadi parti yang matang dan bertanggungjawab dalam landskap politik negara.

Kor Ming turut menegaskan kekuatan DAP terletak pada identiti sebagai parti berbilang kaum yang mewakili semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Dalam masa sama, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut berkongsi beberapa pencapaian termasuk rekod transaksi hartanah tertinggi sebanyak RM241.9 bilion serta kelulusan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
Tambahnya, lebih 15,000 projek infrastruktur berjaya dilaksanakan selain pemulihan ribuan projek perumahan terbengkalai yang memberi manfaat kepada ratusan ribu pembeli rumah.

: Bernama