by Oh! Semput
Influencer terkenal, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mendedahkan dia mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyai terkenal, Shila Amzah sejak tahun lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Ubai memaklumkan dia sudah mula menjadi rakan kepada Shila selepas penyanyi tersebut mengalami fasa perit dalam kehidupannya.
Ujarnya lagi, disaat itulah dia menjadi peneman yang sentiasa berada disampingnya untuk memberikan sokongan bagi meneruskan kehidupannya dengan lebih tabah dan kuat.
Bukan itu sahaja, influencer yang berusia 25 tahun itu tidak menyangka hubungan tersebut memasuki fasa yang lebih serius dan sudah brkongsi perkara tersebut kepada umum ketika membuat siaran secara langsung di TikTok, semalam.
Malah, Ubai turut memberitahu dia tidak sempat untuk membawa Shila berjumpa dengan keluarganya namun, difahamkan keluarganya sudah merestui hubungan antara mereka berdua.
Bahkan, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Shila Amzah memaklumkan keluarganya sudah merestui hubungan mereka berdua.
Sekadar info, Shila Hamzah pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias namun telah berpisah pada Februari 2022 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini sudah berusia dua tahun.
: Harian Metro (Najiy Jefri)