“Takde nama lain nak tunggang?” -Jep Sepahtu dakwa podcast tokok tambah cerita

by Oh! Semput


18
SHARES
231
VIEWS
Posted on 05 Aug 2024 14:00:51

Jep Sepahtu dakwa podcast tokok tambah cerita dan dia boleh mengatakan bahawa kebanyakan kisah yang disampaikan seperti direka sahaja.

Malas layan hal remeh temeh sebenarnya

Perkongsian tersebut dibuat oleh penyampai radio Sinar FM itu di Instagram miliknya dengan memaklumkan sebenarnya dia malas ingin melayan hal-hal remeh seperti itu.

alt

Jep Sepahtu tanya dah tak ada nama lain ke nak tunggang?

Namun begitu, dia seakan ralat apabila dibiarkan hal terbabit, semakin rancak pula pihak-pihak berkenaan berborak perihal beberapa isu yang dirasakan tidak begitu tepat.

Dia juga mempertanyakan kepada pihak berkenaan adakah sudah tidak ada nama lain yang ingin ditunggang ketika ini di dalam podcast yang dimaksudkan olehnya.

“Aku ni sebenarnya mals nak layan hal-hal remeh tapi bila dibiarkan makin seronok pula diorang sembang,
“Dah takde nama lain ke nak tunggang?” tulisnya.

alt

Artikel lain: Enggan besarkan isu, Shuib mohon maaf – “Memang tak manis buka aib sendiri..”

Jep Sepahtu minta orang ramai tak bertanya lagi

Susulan daripada itu, dia meminta orang ramai tidak lagi bertanya kepadanya perihal apa-apa isu berkaitan podcast berkenaan kerana sudah menjelaskan perkara terbabit di ruangan Intagram.

“Harap tak ada yang bertanya lagi,” ujarnya ringkas.

Jarang Jep emosi dekat media sosial

Perkongsian Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di media sosial apabila bersetuju dengan pelawak terbabit berkaitan podcast yang mungkin dimaksudkan olehnya.

Walaupun ada di antara mereka merasakan tiada yang salah dengan podcast terbabit, namun beberapa netizen akui sedih melihat situasi seperti ini berlaku dalam kalangan kumpulan lawak yang pernah menceriakan kita suatu ketika dahulu.

alt

Allah dah tutup aib, dia buka sendiri

alt

Tapi macam tak ada kutuk2 pun

alt

Dulu susah sama-sama…

jep sepahtu

Sedih tengok korang sekarang macam ni

alt

Terdahulu, podcast kendalian beberapa selebriti Tanah Air telah mengundang salah seorang pelawak yang pernah bersama-sama dengan Jep sejak di bangku sekolah lagi.

Pelbagai kisah menarik berkenaan mereka termasuklah salah seorang hos podcast yang sama-sama berjuang menyertai pertandingan lawak di televisyen.

Namun begitu, perjalanan persahabatan mereka ketika ini seakan berlaku perselisihan apabila beberapa pihak tidak lagi seakrab dahulu sehingga disedari oleh para peminat mereka.

: Instagram Jep Sepahtu

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts