'Saya takkan jawab isu politik bila berada dalam bangunan MOT' - Menteri Anthony Loke mahu fokus 100% pada kerja

by Oh! Semput


9
SHARES
115
VIEWS
Posted on 06 Dec 2022 18:30:25



Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dilaporkan enggan menjawab pertanyaan media mengenai isu politik semasa hari pertamanya bertugas di kementerian itu, pada Selasa. 


Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban itu berkata, dia hanya akan menjawab persoalan media mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kementeriannya sahaja sekiranya sidang media diadakan di pejabatnya. 


Terdahulu, media bertanya mengenai kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang mendakwa wakil rakyat DAP banyak mendapat manfaat dalam Kerajaan Perpaduan. 


"Pendekatan saya, kalau saya berada di dalam bangunan Kementerian Pengangkutan, saya tidak akan menjawab apa-apa isu politik. Saya akan fokus kepada isu berkaitan Kementerian Pengangkutan. 


"Biarlah pihak lain nak cakap apa, itu hak dia. Kita telah pun diberi mandat, diberi tanggungjawab oleh Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai menteri. Jadi, tugas saya ialah fokus kepada tugas sebagai Menteri Pengangkutan. 


"Bukan saya nak angkuh, bukan saya sombong, bukan saya tak nak jawab soalan. Kalau isu politik, boleh tanya saya dekat luar. Kalau ada program parti, boleh tanya saya isu politik, kalau program sidang media di Kementerian Pengangkutan, saya hanya akan menjawab isu-isu berkenaan kementerian. Itu pendirian saya," katanya. 


: Sinar Harian

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts