by Oh! Semput

Dubai adalah sebuah bandar yang kita kenali kerana kemewahan gaya hidup dan bangunan pencakar langit yang terkenal di dunia iaitu Burj Khalifa bahkan di sana juga bakal dibuka hotel yang mempunyai hutannya sendiri iaitu Rosemont Hotel.
BACA: Pemandangan Menakjubkan Dubai Dari Atas Bangunan Pencakar Langit
Dalam masa yang sama Dubai kini boleh berbangga dengan projek taman tema bersaiz mega yang bernilai $3.4 bilion (RM15.21 bilion) yang mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadi tarikan pelancong.

Bersaiz seluas 30.6 juta kaki persegi menjadikan taman tema ini adalah taman tema terbesar di timur tengah yang mengabungkan taman tema indoor, taman tema air, tempat makan malam eksklusif, butik-butik serta hotel mewah.
Jom kita tengok sekitar taman tema mega yang terpecah kepada tiga lagi taman tema.


Di sini terdapat Legoland pertama di Timur Tengah dengan mempunyai 15,000 model Lego yang dibina mengunakan 60 juta biji Lego bricks.



Gambar: Getty Images
Taman ini mengambil ilham daripada gaya hidup popular Holywood dan mempunyai tiga bahagian lain iaitu Columbia Pictures, Dreamworks, Lionsgate serta perkampungan Smurfs.



Dalam taman tema ini pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman berada di set filem Bollywood dan menonton 30 persembahan yang berbeza setiap hari.



Kami kongsikan juga video keterujaan pengunjung di taman tema ini. Memang rasa tak sabar untuk pergi ke sana.