GKP Tambahan Sehingga RM1,000 PKS Untuk Negeri PKP

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 19 Jan 2021 04:31:07

Semua sedia maklum bahawa pandemik Covid-19 berada pada tahap yang membimbangkan sehingga memaksa pihak Kerajaan untuk melaksanakan semula perintah kawalan PKP dan menyebabkan aktiviti ekonomi harian seperti perniagaan dan perusahaan kecil tempatan agak terjejas.

Bagi membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) meneruskan perniagaan mereka masing-masing, pihak kerajaan telah memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 PKS sehingga RM1,000.

Berbanding sebelum ini, Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan ini hanya diberikan kepada peniaga dan penjaja di negeri Sabah berikutan pelaksanaan PKP di negeri tersebut dan kini ianya diperluaskan di seluruh negara.

JUMLAH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Jumlah bayaran GKP Tambahan kepada PKS ialah seperti berikut:

  • PKS NEGERI PKP: RM1,000
  • PKS NEGERI LAIN: RM500

BANTUAN GKP TAMBAHAN RM1,000 SERTA MERTA

Menurut Perdana Menteri, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta-merta.

GKP Tambahan ini diberikan kepada 500,000 PKS di tujuh negeri yang diisytiharkan PKP dengan bayaran RM1,000 manakala 300,000 PKS negeri lain akan menerima GKP Tambahan sebanyak RM500.

GKP Tambahan Sehingga RM1,000 PKS Untuk Negeri PKP

Baca juga: iSinar: Bayaran Interim RM1,000 Pemohon Kategori 2 Bermula 26 Januari

PELAKSANAAN SKIM MIKROKREDIT

Kerajaan juga akan mempercepatkan pelaksanaan skim mikrokredit dan mempercepatkan pelaksanaan Kempen e-Dagang PKS, PKS Mikro serta kempen Shop Malaysia Online dengan jumlah peruntukan RM300 juta.

Bagi skim mikrokredit ini, bank dan agensi yang terlibat adalah:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Agro Bank
  • TEKUN

Sejumlah 1 bilion ringgit kemudahan mikrokredit disediakan yang merangkumi pinjaman mudah berjumlah 390 juta ringgit oleh Bank Simpanan Nasional, 350 juta ringgit oleh Agrobank dan 295 juta ringgit oleh TEKUN.

Manakala bagi Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro dan kempen Shop Malaysia Online dengan jumlah peruntukan 300 juta ringgit.

Melalui kempen ini juga, usahawan mikro akan mendapat bimbingan perniagaan dan pembeli akan menikmati penjimatan melalui jual beli secara dalam talian.

GKP Tambahan Sehingga RM1,000 PKS Untuk Negeri PKP Portal Kini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts