by Oh! Semput
Pakaian Amelia Henderson dikritik teruk oleh netizen susulan tampil berani dedah perut dan bahagian dada sewaktu menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week 2024.
Menerusi perkongsian video yang dibuat akaun Stail.my, gaun hitam yang digayakan aktres tersebut menjadi perhatian memandangkan ramai terkejut dengan penampilan beraninya itu.
Walaupun biasa melihat Amelia tampil sedikit terbuka, namun kali ini benar-benar membuatkan mata netizen terbeliak dengan menyatakan ia tidak begitu manis dipandang lebih-lebih lagi di Malaysia.
Ujar mereka, pakaian artis luar yang ingin datang ke negara ini cukup dititik beratkan, namun selebriti tempatan pula yang berani muncul dengan busana yang begitu terbuka.
Difahamkan, Amelia Henderson atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson, 29 telah menggayakan pakaian dari pereka fesyen tempatan berwarna hitam dan terdedah di bahagian hadapan badan sehingga memperlihatkan dada serta perutnya.
Artikel lain: Gayakan baju terdedah, Alya Iman diperli netizen -“Dah pakai tarik2 pula”
Perkongsian video kehadirannya di acara berkenaan telah menuai pelbagai kritikan daripada netizen dan ada di antara mereka merasakan pakaian yang digayakannya cukup teruk.
Bukan itu sahaja, ada yang menyatakan kain lebihan di belakang badan lebih elok jika ditutup di bahagian hadapan memandangkan ia terlihat cukup seksi lebih-lebih lagi di Malaysia.
Apa-apa pun, mungkin Amelia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia menggayakan fesyen sedemikian rupa dan boleh jadi dia bersetuju memakai baju berkenaan demi tuntutan kerja.
: TikTok stail.my