Tampilkan 24 penyanyi, Latihan Pestapora Malaysia berlangsung 26 Julai depan

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 08 May 2025 17:00:44

Penganjur konsert terkenal, Hitman Solutions bakal mengadakan satu pesta muzik luar biasa kolaborasi bersama Boss Creator, penganjur Pestapora berasal dari Indonesia.

Latihan Pestapora tampilkan 24 penyanyi

alt

Dalam pada itu, mereka telah telah mengumumkan barisan artis bakal membuat persembahan di Latihan Pestapora yang dijadualkan pada 26 Julai depan.

Feast, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji dan Pamungkas anatara barisan penyanyi yang bakal beraksi di pesta tersebut.

Selain itu, pesta ini tidak lengkap sekiranya tidak  menampilkan barisan bintang tempatan tanah air kita seperti Bittersweet, Bunkface, DOLLA, SonaOne, Salammusik dan ramai lagi.

Festival ini menjanjikan pelbagai genre seperti pop, rock, alternatif, hip-hop hingga ke indie untuk peminat yang dahagakan pengalaman muzik serumpun.

alt

“Setiap tahun ribuan peminat Pestapora dari Malaysia akan ke Jakarta untuk hadir ke festival tersebut. Melihat keupayaannya menyatukan orang ramai melalui muzik, kami mahu rakyat Malaysia turut merasai magisnya.
“Lebih 2,000 tiket terjual tanpa ‘lineup’ membuktikan ramai yang mengetahui tentang dan percayakan jenama PESTAPORA untuk bawakan pengalaman muzik, seni, komuniti dan gabungan budaya dalam satu festival.
“Latihan Pestapora adalah seperti ‘preview’ kepada rakyat Malaysia yang tidak berpeluang untuk terbang ke Jakarta untuk festival utama serta buat peminat yang ingin bersiap sedia untuk acara utama dengan hadir di latihan dahulu,” kata pihak penganjur, Rohit Rampal, CEO dan Pengasas Hitman Group.

Pengarah Festival Pestapora & Pengasas bersama Boss Creator, Kiki Ucup memberitahu acara ini merupakan wadah terbaik bagi memperkenalkan karya seni membabitkan kedua-dua buah negara kepada peminat.

“Latihan Pestapora tahun ini kami cuba sesuatu yang baru iaitu melebarkan sayap ke Malaysia bersama Hitman Solutions kerana kami melihat potensi besar Pestapora di Malaysia.
“Harapannya, Latihan Pestapora Malaysia dapat menjadi fasilitator buat para penggiat seni dan komuniti dari kedua-dua negara untuk saling memperkenalkan dan menonjolkan karya masing-masing kepada para peminat,” kata Kiki.

alt

Artikel lain: Ella dah pakai alat bantu dengar, baca surah Yasin ubati kehilangan suara

Pembelian tiket boleh dibuat di laman web www.latihanpestaporamalaysia.com! Terdapat empat kategori tiket yang ditawarkan iaitu General Admission (RM129 ke atas), Rockzone (RM199 ke atas), Kanak -Kanak (RM70) dan Akses Express Lane (tambahan RM100).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor di talian +6012-2655783 atau emelkan ke [email protected].

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts