33 maut tanah runtuh di Colombia

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 06 Dec 2022 18:00:29

ANGKA kematian akibat tanah runtuh di lebuh raya di Colombia pada Ahad lalu kini meningkat kepada 33 orang, kata Menteri Dalam Negeri Colombia Alfonso Prada.

Dalam kejadian di Lebuhraya Pereira-Quibdo itu tanah runtuh dan menimbus sebuah bas yang membawa penumpang dari Cali ke Condoto serta sebuah kereta dan motosikal, lapor Xinhua.

“Kami telah kenal pasti 33 mangsa terkorban termasuk tiga kanak-kanak. Sembilan berjaya diselamatkan, empat daripada mereka kini dalam keadaan kritikal,” kata Prada.

Kakitangan Unit Pengurusan Risiko dan Direktorat Transit dan Kementerian Pengangkutan serta polis dan tentera bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan misi menyelamat, kata beliau. 

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa merancang untuk mengisytiharkan amaran maksimum di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi bencana berkaitan cuaca di tengah-tengah gelombang sejuk yang dijangka berterusan selama beberapa bulan lagi, kata Prada.

Presiden Colombia Gustavo Petro mengarahkan Pusat Kawalan Bersatu Kebangsaan ditempatkan di Bogota selewat-lewatnya Selasa bagi memantau keadaan jalan raya ketika keadaan cuaca buruk.

Gabenor Risaralda Victor Manuel Tamayo memberitahu pemberita keadaan lokasi yang teruk menyukarkan usaha mencari mangsa terperangkap dan untuk menguruskan mayat. – Bernama, 6 Disember, 2022.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts