by Oh! Semput
Walaupun istilah ‘psycho’ bukan diagnosis klinikal, ia sering merujuk kepada sikap manipulatif, mengawal dan sukar diramal yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang.
Jika anda mula rasa hubungan lebih banyak menyakitkan daripada membahagiakan, mungkin ini masanya untuk menilai semula.
Sedikit rasa cemburu itu normal, tetapi jika pasangan sering menuduh anda curang tanpa bukti, marah hanya kerana anda berbual dengan rakan sekerja, atau mengawal siapa yang boleh anda jumpa, itu adalah red flag.
Cemburu melampau biasanya berpunca daripada rasa tidak selamat yang tidak dikawal.
Daripada cara berpakaian, kawan-kawan yang anda pilih, hinggalah keputusan kerjaya, semuanya mahu ditentukan olehnya.
Jika anda perlu “minta izin” untuk perkara asas atau sentiasa dipantau melalui telefon dan media sosial, itu bukan tanda sayang, tetapi kawalan.

Pernahkah anda rasa keliru dan tertanya-tanya sama ada anda yang bersalah walaupun jelas bukan?
Individu manipulatif sering memutarbelit cerita, menafikan perkara yang pernah berlaku dan membuat anda meragui kewarasan sendiri.
Hari ini terlalu romantik, esok tiba-tiba marah tanpa sebab jelas!
Perubahan emosi yang mendadak dan sukar dijangka boleh membuatkan anda hidup dalam ketakutan. Jika pasangan mudah mengugut, menjerit atau menunjukkan kemarahan melampau, itu petanda serius yang tidak boleh dipandang ringan.
Menghubungi anda tanpa henti, memeriksa telefon tanpa kebenaran atau muncul secara tiba-tiba di tempat kerja?
Semua ini mungkin nampak seperti “terlalu sayang”, ahaks tetapi sebenarnya boleh menjadi tanda obsesi. Hubungan yang sihat memerlukan kepercayaan dan ruang peribadi.