“Nak Cuci Tandas Pun Kena Ada Ijazah Sekarang Ni”

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 10 Mar 2018 01:01:31

MEMANG tidak dinafikan kehidupan masyarakat semakin runcing, ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Sekarang ni, semua belumba-lumba mendapatkan pendidikan tinggi sama ada dalam atau luar negara. Tapi, tidak semestinya pelajar lepasan ijazah terus dapat kerja.
Kalau dulu, kerja sebagai tukang cuci ni dianggap kelas bawahan sahaja, kini kerja tersebut perlu berkelulusan ijazah.
Bercakap mengenainya, pihak berkuasa Wuhan, China baru-baru ini telah menetapkan syarat pelik untuk permohonan pengurus dua tandas awam di bandar tersebut perlu mempunyai ijazah.
Menurut laporan media China, permohonan tersebut telah disebarkan dalam iklan jawatan kosong Jumaat lalu.
Walau bagaimanapun, penetapan tersebut banyak tidak dipersetujui oleh orang ramai dan mempersendakan hal tersebut di media sosial.
Rata-ratanya mempersoalkan mengapa perlu graduan berkelulusan ijazah bertungkus lumus mendapatkan ijazah semata-mata untuk menguruskan ‘hal ehwal’ tandas sahaja?
“Jadi tukang cuci dengan gaji sedikit kemudian perlu bayar duit PTPTN? Bila nak kerja baik sedikit, nak letak ke pengalaman sebagai tukang cuci dalam resume? Pengurus yang berlagak bagus ade pandang ke?” kata netizen yang menggelar diri sebagai Brownstone di laman forum Cari.my.
Manakala segelintir netizen turut melontarkan pandangan sebaliknya berkenaan isu tersebut.
“Depan rumah aku ada rumah mewah. Dia dulu kerja tukang cuci, potong rumput dan bersihkan longkang. 25 tahun selepas tu, dia dah jadi CEO cleaning service,” kata seorang netizen yang menggunakan akaun nama Gambus.
Jujurnya, persepsi masyarakat masih lagi memandang pekerjaan sebagai tukang cuci adalah berada di tahap rendah dan tidak standing dengan kerja di pejabat.
Bagaimanapun, rata-rata di kawasan bandar dan perumahan sudah banyak menawarkan perkhidmatan cuci antaranya car wash, dobi layan diri dan ada juga yang buat servis pembersihan rumah.
Abad ke-21 ni, buatlah apa kerja sekali pun sahaja asalkan kerja itu halal dan memberi manfaat kepada semua.
Kerja tukang cuci sekalipun walaupun kau ada ijazah, masih berpatutan sebab kerja tukang cuci ini kerja mulia dan di Malaysia pun sudah banyak service cleaning yang banyak meraih keuntungan. – Kedahnews.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts