Tangan Kanak-Kanak 5 Tahun Tersepit Di Mesin Pemerah Santan

by Oh! Semput


7
SHARES
94
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 04:00:53

TAMPIN – Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun tersepit tangan kiri di mesin pemerah santan di Pasar Bukit Rokan Utara, Gemas dekat sini pagi ini.

Ketua Balai Bomba Gemas Syed Ammar Syed Abas berkata anggota bomba mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa daripada mesin pemerah santan itu.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.16 pagi tadi dan sampai ke tempat kejadian 30 minit kemudian dengan kekuatan enam anggota.

“Sewaktu sampai di lokasi, kami dapati tangan mangsa dari jari ke lengan telah tersepit di mesin pemerah santan dan sebaik sahaja tangannya berjaya dikeluarkan, mangsa terus dihantar ke hospital berdekatan,” katanya kepada Bernama.

Syed Ammar berkata keadaan tangan mangsa cedera tetapi tidak putus. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts