Tangan penuh calar & telefon hilang, PU Abu kena tibai dengan samseng?

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Sep 2019 14:06:23



Sebelum ini pendakwah selebriti, Pencetus Ummah Abu pernah mencetuskan kontroversi berhubung dengan masalah rumah tangga yang berlaku.

Terbaru, menerusi muat naik foto di laman Instagram memaparkan keadaan dirinya mengalami kecederaan di bahagian tangan seperti kesan calar.

Difahamkan, berdasarkan kapsyen yang ditulis, berkemungkinan besar pendakwah tersebut telah menjadi mangsa pukul oleh beberapa orang samseng.

Malah, bukan sahaja dipukul pendakwah itu juga kehilangan telefon bimbitnya, perkara itu pula dimaklumkan menerusi status di IG Story.

alt

Walaupun sedang mengalami musibah, masih ada juga komen yang mengecam diri rentetan daripada kisah rumah tangganya yang terdahulu.

altalt

Namun, ada juga beberapa komen yang meluahkan rasa simpati terhadap musibah yang berlaku terhadap pendakwah selebriti itu.

alt alt

: PU Abu

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...