by Oh! Semput

Seorang remaja lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam setelah tangan kanannya tersepit di mesin pengupas bawang dalam kejadian di Jalan Taming 5, Taming Jaya, di ibunegara semalam.
Kejadian berlaku ketika Aminudin Zawiyuddin, 18, sedang melakukan kerja pemprosesan mengupas bawang di sebuah premis perniagaan pada 5 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan tangan Aminudin daripada mesin itu.
“Kami mengeluarkan tangan Aminudin daripada mesin pengupas bawang menggunakan peralatan penyelamat khas dan tangan mangsa telah patah.
“Sejurus itu, pasukan perubatan yang berada di tempat kejadian memberi rawatan awal kepada Aminudin sebelum dia dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
– Bernama
Category: Semasa