“Tarik kolar baju, tampar muka anak 2 kali!” – Budak lelaki dituduh mencuri, trauma dengan kedai buku

by Oh! Semput


HOME Posted on 27 Mar 2019 09:03:35



Perkembangan era digital kini membuatkan ramai yang lebih memilih telefon pintar daripada buku, lantaran isi kandungan buku sekarang boleh didapati dalam bentuk digital yang dipanggil e-book.

Namun, pengalaman dan perasaan memegang buku secara fizikal adalah berbeza dengan hanya membaca menerusi skrin. Penerapan membaca kepada anak-anak adalah digalakkan bagi membentuk masyarakat yang suka membaca dan berilmu.

Namun, lain pula yang dirasai oleh seorang budak lelaki yang trauma apabila ditampar oleh pengawal keselamatan atas tuduhan ‘mencuri’ buku di sebuah rangkaian kedai buku terbesar di Malaysia.

Menerusi perkongsian Lim Yaw, bapa kepada budak berkenaan di Facebook miliknya, dia meluahkan rasa kecewa kepada pihak pengurusan kedai buku MPH atas insiden yang berlaku terhadap anaknya.

alt

Menurut Lim, anaknya telah didatangi oleh seorang pengawal ketika dia sedang melihat-lihat buku yang ada di situ.

“Mereka menarik kolar baju anak saya dan tarik dia masuk ke dalam bilik pengawal. Tanpa memberikan peluang kepada anak saya untuk menerangkan apa-apa, pengawal itu terus menampar anak saya.”

Paling mengejutkan, pengawal itu telah menampar anak lelaki Lim sebanyak dua kali di bahagian muka.

alt

Perkara yang telah menambahkan kemarahan Lim adalah, buku itu telah dibeli oleh anaknya dan mempunyai stiker pembelian.

“Sebelum anak saya dilepaskan, seorang lagi pengawal keselamatan memberi amaran kepada anak saya supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu.”

alt

Marah dengan insiden yang berlaku, Lim terus membuat aduan di kaunter perkhidmatan dan menuntut penjelasan daripada staf MPH.

“Staf seakan-akan menyorokkan perkara sebenar, dan permohonan maaf yang dibuat adalah tidak ikhlas.”

alt

Lim telah pun membuat aduan kepada pihak polis tentang kejadian ini dan menuntut supaya MPH mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka

Manakala pengawal keselamatan itu pula telah digantung kerja sehingga siasatan mengenai kes ini selesai.

: Facebook Lim Yaw

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News