Taufan Nock-Ten: Filipina pindahkan ribuan penduduk

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 24 Dec 2016 14:00:47

TAUFAN kuat dijangka melanda pesisir timur negara itu, esok.

TABACO: Pihak berkuasa Filipina mula memindahkan beribu-ribu penduduk dan menutup puluhan pelabuhan hari ini ketika taufan kuat dijangka melanda pesisir timur negara itu, esok.

Pusat Amaran Taufan Amerika Syarikat memaklumkan, Taufan Nock-Ten dijangka membawa angin dengan kekuatan 203 hingga 250 kilometer sejam, ketika ia merentasi Catanduanes, sebuah pulau terpencil dihuni 250,000 penduduk di wilayah Bicol, lewat esok.

Ia kemudian dijangka melanda Luzon, pulau utama negara itu termasuk ibu negara Manila, pada hari sama.

Jurucakap pejabat pertahanan awam wilayah Bicol, Rachel Miranda berkata, pemindahan awal sedang berjalan di Catanduanes dan dua wilayah berhampiran. – AFP

Category: Dunia


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts