Taufan Nokten Ragut Tiga Nyawa

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 27 Dec 2016 07:00:23

Ligao (Filipina): Taufan kuat yang melanda Filipina menyebabkan tiga maut dan dijangka membawa hujan lebat dan angin kuat di sebahagian besar negara itu sekali gus menjejaskan cuti perayaan Krismas.

Taufan Nokten melanda wilayah timur Filipina kelmarin dan dijangka bergerak menuju ke bahagian tengah negara itu dengan membawa angin sekuat 215 kilometer sejam.

BACA JUGA: Taufan Nokten: Amaran Hujan Lebat ‘Jingga’ 

Satu pasangan di wilayah Albay Al Bichara maut akibat lemas selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat dan seorang lelaki maut dihempap tembok runtuh.

Pejabat pertahanan awam berkata, lebih 383,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka manakala lebih 80 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan.

Jabatan kaji cuaca meramalkan, NokTen bergerak ke barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam dan dijangka menjejaskan Manila serta kawasan berhampiran.

Suasana di Manila sunyi sehari selepas Krismas apabila kira-kira 13 juta penduduknya tidak keluar rumah ketika taufan itu menghampiri.

NokTen dijangka membawa angin kencang dan hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat di Manila.

Taufan itu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan kerajaan terpaksa memindahkan keseluruhan komuniti di wilayah Bicol pada malam Krismas.

Di bandar Ligao di wilayah Bicol, kebanyakan jalan raya dan tanah pertanian ditenggelami air dan kebanyakan rumah masih diliputi lumpur tebal, kesan banjir kilat.

Seorang penduduk, Masseuse Erna Angela Pintor, 20, berkata, dia dan keluarganya tidak tidur pada malam Krismas kerana bimbang angin kencang menerbangkan bumbung rumah mereka. – AFP


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts