by Oh! Semput
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal bidas tuduhan membantu seorang peniaga belon yang didakwa dikasari penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekerat jalan.
Perkara ini dinyatakan beliau dalam hantaran di media sosial apabila menjelaskan sudah menawarkan khidmat peguam kepada individu terbabit, namun peniaga belon itu memilih khidmat peguam dari pihak lain.
Hal itu dinyatakan Dr Akmal selepas penyelaras Kebangsaan PETA, Che GuBard mempersoalkan keberadaan Ahli Parlimen Merlimau itu dalam isu melibatkan ‘Abang Belon’
“Kamu juga tawarkan khidmat peguam pada Abang Belon,
Dalam pada itu, beliau juga menyelar tindakan menyalahkan Pemuda UMNO dalam isu tersebut memandangkan dari awal lagi ia dikenalikan oleh pihak PETA.
Dr Akmal turut menyatakan jika pihak mereka tidak mampu untuk menguruskan isu tersebut, beliau terbuka untuk meneruskan demi memastikan nasib peniaga terbabit terbela.
Beliau juga memberi pesan supaya tidak sibuk menunggang sesuatu isu tapi tidak mengetahui hal sebenar sehingga tuduhan tidak wajar dilemparkan.
Artikel lain: Abang Belon berisiko lumpuh? KKM beri amaran, hanya pakar bertauliah boleh diagnosis kecederaan
Terdahulu, dalam hantaran yang dimuat naik oleh Che GuBard di Facebook, dia telah berkongsi kronologi tindakan dilakukan bagi membela nasib Abang Belon.
Di akhir perkongsian tersebut, dia seakan mempersoal tindakan Dr Akmal yang didakwa membantu hanya sekerat jalan.