Tawar Duit Raya RM1000, Aisar Khaled Menipu Peminat?

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 14 May 2022 04:00:57

Kredit: Instagram @aisar_khaledd 

Melalui TikTok, YouTuber kontroversi Aisar Khaled membuat cabaran bersempena sambutan Aidilfitri yang menawarkan hadiah berupa duit raya bernilai RM1,000 yang diletakkan di lokasi tersembunyi iaitu di bawah sebuah tandas bergerak di kampung halamannya, Terengganu.

Setelah memberikan penerangan di dalam kereta, Aisar yang berbaju melayu dan bertopi itu meluru ke sebuah tempat berasingan berhampiran jambatan angkat yang dijadikan sebagai sebagai petunjuk.

  

Hasil pendedahan seorang pengguna TikTok, cabaran itu berjaya ditamatkan oleh seorang lelaki yang didakwa sebagai saudara kepada Aisar Khaled sendiri.

Mengiakan perkara itu, Aisar bagaimanapun menafikan terdapat unsur penipuan memandangkan beliau tidak meletakkan sebarang syarat yang ketat untuk cabaran yang diadakan secara santai itu.

  

"Memang betul pemenang itu sepupu saya, tetapi ia sama sekali tidak dirancang. Selepas video itu dimuatnaik, dia ada menelefon saya untuk meminta bantuan.

"Saya tidak melayan permintaan itu. Tidak adillah kerana cabaran ini dibuat untuk peminat saya. Namun, jika dapat, itu rezeki dia yang mahu menggunakan duit tersebut untuk menyambung pengajian.

"Saya mengingatkannya supaya membuat video menarik dan tag saya seperti yang dinyatakan di ruangan kapsyen. Beberapa minit kemudian, dia memuatnaik video berkenaan.

"Saya sudah agak akan timbul isu kerana rumahnya sangat berhampiran dengan lokasi terbabit," jelasnya.

Komen Pilihan

"Ingatkan cari kerja sahaja perlu ada 'kabel', rupanya duit raya pun sama," seloroh seorang pengguna TikTok.

:

1. Forum CARI

2. TikTok Aisar Khaled

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Popular Posts