Tawaran Hebat Buat Peminat MCU, Rumah Kediaman Tony Stark di Senaraikan Dalam AirBnB

by Oh! Semput


HOME Posted on 18 Jun 2019 18:00:31



Bagi sesiapa yang obses dengan franchise Marvel Cinematic Universe pasti akan tertarik dengan tawaran ini. Terbaru hos khidmat hospitaliti AirBnB mengumumkan bahawa rumah itu bakal disewa dengan harga US$800 (RM3,340) satu malam.

BACA: Guru Hampir Maut Dihempap Papan Tulis Makmal Ketika Khusyuk Mengajar

Ini merupakan berita baik buat peminat tegar Tony Stark yang masih terasa kehilangan watak tersebut dalam filem terakhir MCU.

Rumah kabin di tepi tasik itu didiami Tony Stark bersama keluarganya dalam filem Avengers: Endgame. Ia terletak 20minit dari lapangan terbang antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta.

2019_06_12_74240_1560334937._large

Inside-Tony-Starks-cabin-in-Endgame

Seorang pengguna Reddit turut berkongsi pemerhatiannya bahawa kabin yang sama digunakan dalam filem Godzilla: King of the Monsters.

2FZtskb

Tidak hairanlah harga sewa kediaman tersebut begitu tinggi memandangkan ia pastinya akan menjadi tumpuan peminat filem.

Kabin tersebut dilengkapi dengan 3 katil, 3 bilik mandi, sebuah dapur serta kemudahan wifi. Ia mampu memuatkan 6 orang pada satu-satu masa.

: Cnet

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News