Isa Khan tegur netizen suka ‘like’ foto seksi unsur maksiat – “Tanggung sekali dosa tu”

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 18 Jun 2026 07:04:28

Pelakon Isa Khan sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi pandangannya mengenai penggunaan media sosial, khususnya melibatkan tindakan memberi tanda suka (like) atau meninggalkan komen pada kandungan yang disifatkan berunsur maksiat.

Tanggung sekali dosa

alt

Menerusi hantaran di Threads, Isa mengingatkan orang ramai bahawa setiap individu perlu lebih berhati-hati ketika berinteraksi dengan kandungan yang memaparkan aurat atau perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut Isa, tindakan menyokong sesuatu kandungan melalui komen atau tanda suka boleh menyebabkan seseorang turut menanggung dosa jika kandungan tersebut mengandungi unsur yang tidak baik.

alt

“Just nk bagitau, korang yang duk comment/like gambar atau video sesiapa yang tak menutup aurat atau content yang berunsur maksiat, korang kene tanggung sekali dosa tau.
“Contoh konten atau gambar perempuan tak tutup aurat lepastu korang comment lawa ke atau apa2 unsur menyokong, dosa dia tu mengalir sekali dekat kau,” ciapannya. hari ini.

Perkongsian tersebut dibuat sebagai peringatan kepada pengguna media sosial agar lebih peka terhadap bentuk sokongan yang diberikan di alam maya, termasuk melalui komen dan tanda suka yang sering dianggap perkara biasa.

alt

Hantaran berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ada yang bersetuju dengan peringatan tersebut, manakala sebahagian lain memilih untuk berkongsi pandangan masing-masing mengenai cara berdakwah dan penggunaan media sosial.

Terima kasih atas peringatan

alt

Betul tu

alt

Biarlah dia nak berdakwah

alt

Artikel lain: Lelaki kalau curang memang tak layak jadi suami, imam keluarga! – Isa Khan

Isa sebelum ini juga beberapa kali berkongsi pandangan berkaitan isu aurat, adab serta kandungan media sosial menerusi platform Threads miliknya. Pelakon itu sering menegaskan kepentingan menjaga batas dan nilai agama dalam kehidupan seharian.

: Threads theisakhan

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts