Tekad Jaga Nenek Buta Sampai Tercicir Pelajaran, JPN Sedia Pujuk Seorang Pelajar Untuk Kembali Ke Sekolah

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 31 Oct 2017 05:00:36


Susulan kes seorang pelajar Tingkatan 2 yang enggan ke sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah menegeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia untuk memujuk kembali pelajar tersebut ke sekolah supaya tidak terus keciciran dalam pelajaran.

Pegawai JPN Kedah, Abdullah Abdul Manaf berkata, jika Syawal Mukhriz Abdul Razak, 14, yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah ingin kembali menyambung pelajaran, pihaknya sedia membantu memudahkan urusan kemasukkan semulanya.

Mengikut semakan status Syawal Mukriz yang dibuat pihak JPN Kedah, pelajar tersebut dibuang sekolah pada 20 Ogos lalu dan ianya mengikut prosedur yang digariskan JPN, iaitu selepas mengeluarkan surat amaran sebanyak tiga kali kepadanya sebelum ini.

“Surat amaran itu dikeluarkan kali pertama pada 3 Mac 2017 disusuli surat kedua pada 11 Mei, manakala surat amaran kali ketiga pada 14 Julai, namun masih tiada sebarang jawapan.

“Selepas itu baru surat diberhentikan sekolah dikeluarkan pada 20 Ogos lalu, namun kami berharap pelajar ini kembali ke sekolah, malah Pengarah JPN negeri, Datuk Azuyah Hassan mahu saya memujuknya,” katanya, semalam.

Abdullah turut memberitahu bahawa pihaknya akan berkunjung ke rumah Syawal Mukhriz bagi melihat situasi semasa bekas pelajar itu bersama neneknya.

“Dia pernah dapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tahun lalu,” katanya.

Kelmarin, kisah Syawal Mukhriz dari Kampung Alor Gunung, Seberang Pantai yang tidak ke sekolah kerana ingin menjaga neneknya, Azilah Walad, 67, selama-lamanya mengikut laporan sebuah akhbar.

Nenek Syawal Mukhriz itu mengalami masalah buta akibat kemalangan 10 tahun lalu, hilang punca pendapatan dengan menjaja kuih kini hanya mengharapkan bantuan orang ramai untuk meneruskan kehidupan harian.

Azilah yang dilaporkan telah menjaga Syawal Mukhriz sejak dia dilahirkan, kini menghuni sebuah rumah yang kian usang dengan keadaan dapur yang kurang terurus bersama cucunya itu.

: myMetro

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts