Teknologi Baharu Skrin OLED Samsung Mampu Imbas Denyutan Jantung Dan Tekanan Darah

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 07 May 2026 04:00:21

Buat pertama kalinya, Samsung Display di pameran SID Display Week 2026 mendedahkan teknologi skrin OLED baharu yang menawarkan kecerahan sehingga 3,000 nits dan liputan warna 96%

Dikenali sebagai Flex Chroma Pixel™, tahap kecerahan maksimumnya tersedia dalam dalam mod High Brightness.

Ini bermakna pengguna akan dapat menikmati visual yang lebih terang serta kaya dengan warna yang tepat berbanding paparan telefon pintar semasa yang hanya sekitar 70% liputan warna.

Selain itu, Samsung Display juga memperkenalkan ‘Sensor OLED Display’ bersaiz telefon pintar 6.8 inci dengan resolusi 500 PPI, peningkatan sebanyak 33% berbanding versi tahun lalu.

Panel ini mengintegrasikan Organic Photodiodes (OPD) yang mampu mengukur biometrik seperti kadar denyutan jantung dan tekanan darah terus dari skrin yang mengesan aliran darah menggunakan cahaya yang dipancarkan dari paparan.

Lebih menarik, ia hadir dengan ciri Flex Magic Pixel™ yang melindungi privasi pengguna dengan menyembunyikan maklumat sensitif daripada pandangan sisi.

Paparan OLED Sensor resolusi tinggi 500 PPI Samsung Display dipamerkan di SID2026, mampu mengukur maklumat biometrik seperti aliran darah apabila disentuh. Disepadukan dengan Flex Magic Pixel™, ia memberikan privasi dengan menunjukkan maklumat kesihatan dengan jelas hanya dari hadapan.

Samsung Display menekankan bahawa mereka akan terus menerajui inovasi paparan melalui penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk pelanggan dan industri.

{suggest}

Teknologi Baharu Skrin OLED Samsung Mampu Imbas Denyutan Jantung Dan Tekanan Darah WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts