by Oh! Semput
Huawei dan pengeluar kereta Chery telah melancarkan kenderaan elektrik baharu mereka, Luxeed R7, yang memfokuskan teknologi termaju daripada Huawei. Kenderaan ini dibina berasaskan platform Tuling yang direka oleh Huawei, lengkap dengan sistem suspensi canggih serta teknologi redaman boleh ubah secara automatik untuk keselesaan maksimum.
Ciri utama Luxeed R7 adalah teknologi “Intelligent Silent EREV” daripada Huawei yang menggunakan enjin petrol 1.5 liter sebagai penambah jarak pemanduan (range extender). Teknologi ini dikatakan mampu mengurangkan getaran sehingga 90% ketika operasi hidup-mati enjin, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan lancar.
Kenderaan ini turut dilengkapi sistem bateri Huawei Giant Whale 400V, yang mampu mengecas pantas bateri daripada 20% ke 80% dalam masa hanya 15 minit.
Luxeed R7 menggunakan sistem operasi HarmonyOS 4, juga daripada Huawei, menawarkan pengalaman digital canggih dengan skrin kawalan tengah 15.6-inci dan panel instrumen digital penuh 12.3-inci.
Dari segi spesifikasi, Luxeed R7 menawarkan dua varian iaitu:
Harga Luxeed R7 bermula dari RMB299,800 (~RM181,136) untuk varian Max dan RMB319,800 (~RM193,220) untuk varian Ultra.
Namun, penekanan utama adalah keupayaan teknologi Huawei dalam memastikan pengalaman pemanduan yang lebih pintar, cekap tenaga, dan mesra pengguna menerusi sistem operasi HarmonyOS, teknologi pengecasan pantas, serta sistem pengurusan kuasa yang inovatif.
{suggest}
Teknologi Huawei Jadikan Luxeed R7 Lebih Pintar, Senyap Dan Jarak Pemanduan Lebih Jauh WISER.MY.