by Oh! Semput
BASF, syarikat kimia gergasi Jerman melalui anak syarikatnya trinamiX, telah memfailkan saman terhadap Apple di Amerika Syarikat.
Saman itu mendakwa iPhone dan iPad terkini menggunakan teknologi pengesahan wajah yang melanggar tujuh paten milik BASF.
Teknologi tersebut dibangunkan sejak lebih sedekad lalu untuk menghalang serangan penipuan seperti penggunaan gambar, topeng atau replika wajah bagi menipu sistem keselamatan.
Menurut BASF, Apple tidak menggunakan teknologi ini ketika memperkenalkan Face ID pada iPhone X pada 2017.
Namun, syarikat itu kini didakwa telah mengintegrasikannya dalam model baharu termasuk iPhone 15 hingga 17 serta iPad Pro.
“Apple tahu atau sepatutnya tahu tentang kebarangkalian tinggi bahawa mengemas kini iPhone dan iPadnya untuk memasukkan Face ID menggunakan bahan dan pengesanan kulit” melanggar tujuh paten trinamiX , menyebabkan “kerosakan yang besar dan kecederaan yang tidak boleh diperbaiki,” kata aduan itu.
Ekoran itu, BASF kini menuntut ganti rugi serta injunksi bagi menghentikan pelanggaran lanjut.
Berdasarkan laporan Reuters, Apple setakat ini belum memberi sebarang komen.
trinamiX bermula dari 2010, apabila saintis BASF yang melakukan penyelidikan pada sel solar organik membuat penemuan yang tidak dijangka yang membawa kepada pembinaan prototaip kamera tiga dimensi awal.
BASF kemudian menubuhkan trinamiX pada 2014 sebagai entiti yang berdiri sendiri untuk membangunkan teknologi 3D dan penderiaan bahan termaju, dan kini syarikat itu memegang lebih daripada 800 paten di seluruh dunia.
{suggest}
Teknologi Face ID iPhone Dan iPad Terkini Didakwa Langgar 7 Paten Syarikat Kimia Jerman WISER.MY.