Teknologi VOOC Akan Turut Digunakan Dalam Pelbagai Industri – Termasuk Automotif

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 23 Feb 2021 14:01:59

Oppo sedia terkenal dengan penawaran pengecasan pantas dibawah jenama VOOC. Jika sebelum ini, ia mungkin hanya terhad untuk penggunaan produk keluaran Oppo sahaja. Kini, tidak lagi apabila ia bakal turut digunakan dalam produk yang dibuat oleh syarikat lain.

Ia berikutan, Oppo kini telah mengumumkan mengenai projek baharu yang dipanggil sebagai ‘The Flash Initiative’. Ia merupakan salah satu projek terkini untuk memperluaskan lagi inovasi pengecasan pantas mereka ke dalam pelbagai industri lain – termasuklah sektor automotif. Melaluinya, Oppo telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat terkemuka dunia seperti FAW-Volkswagen, Anker dan NXP Semiconductors sebagai langkah baharu.

Difahamkan, setiap rakan kongsi di bawah projek ini akan berkerjasama dengan reka bentuk teknikal yang dibangunkan oleh Oppo. Kemudiannya, sebarang produk dengan teknologi VOOC yang dihasilkan oleh mereka akan diperiksa serta diperakui oleh makmal pensijilan teknologi CTTL (Makmal Teknologi Telekomunikasi China) bagi memastikan ianya selamat digunakan oleh para pengguna.

Melalui kerjasama ini, FAW-Volkswagen akan mengunakan pengecasan Oppo untuk menggabungkan pengecasan pantas ke dalam kereta Volkswagen yang dibuat di China. Seterusnya, Anker yang terkenal dengan aksesori kuasa pula – akan mencipta produk lebih inovatif sekaligus memperluaskan lagi penawaran pengecasan pantas ini kepada lebih ramai pengguna. Kemudian, pengeluar cip NXP Semiconductors akan membawakan teknologi Oppo kedalam pembuatan cip peranti mudah-alih pintar.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts