Teksi rempuh pagar dalam kemalangan dengan lori di Ang Mo Kio

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 01 Feb 2018 17:00:07

SINGAPURA: Sebuah teksi merempuh sebuah pagar tepi jalan di Ang Mo Kio selepas berlanggar dengan lori petang tadi (1 Feb).

Polis menyatakan ia dimaklumkan tentang kejadian di simpang Ang Mo Kio 10 dengan Ang Mo Kio Industrial Park pada sekitar 3.30 petang.

Mediacorp difahamkan kedua-dua pemandu kenderaan dalam kemalangan adalah lelaki dan tiada penumpang lain yang menaiki kenderaan mereka.

Gambar yang dikirimkan ke Mediacorp menunjukkan teksi Trans Cab merempuh pagar di pinggir jalan raya dan serpihan-serpihan berselerakan di jalan raya. Lori berwarna biru pula di belakang teksi tersebut dan sedang menghadap arah trafik yang bertentangan.

Tiada yang cedera dalam kemalangan dan polis masih menjalankan siasatan.  

- CNA/AQ/aq

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts