Telefon bimbit KJ juga diganggu panggilan tidak dikenali

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 09 May 2018 12:02:27

ZULKIFLI MANZOR

09 Mei 2018 4:50 PM

REMBAU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa talian telefon bimbitnya menjadi serangan panggilan ‘spam’ pagi ini. 

Menurut beliau, dua calon BN iaitu Datuk Seri Idris Jusoh (Besut) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sepanggar) turut menjadi sasaran pihak yang melakukan perbuatan itu. 

"Setiap lima saat talian telefon saya dihubungi kemudian ditutup. Bertalu-talu. Dalam pukul 10 pagi hingga 1.48 petang.

"Akibatnya telefon saya tidak dapat berfungsi seperti biasa selama beberapa jam," katanya kepada pemberita selepas membuang undi di Sekolah Menengah Agama (SMA) Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong dekat sini petang ini.

Khairy berkata, nombor telefon yang tertera dalam panggilan 'spam' itu kebanyakannya dari luar negara seperti Amerika Syarukat (AS), United Kingdom, Jerman, India, Iran dan Singapura.

"Saya jawab salah satu panggilan dan suruh saya tinggalkan rakaman. Saya terus tutup telefon," katanya. 

Khairy Jamaluddin meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat siasatan berhubung insiden itu.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts