Telefon HONOR Dengan Bateri 11,000mAh Dijangka Tiba Di Malaysia September Ini

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 20 Aug 2026 07:30:15

HONOR mungkin sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan sebuah telefon pintar baharu dengan kapasiti bateri yang cukup besar untuk pasaran Malaysia.

Berdasarkan maklumat daripada sumber industri, HONOR dijangka melancarkan sebuah telefon pintar dengan bateri berkapasiti 11,000mAh pada September ini.

Identiti sebenar peranti tersebut masih belum diketahui. Namun, berdasarkan spesifikasi bateri yang diperkatakan, ia menimbulkan kemungkinan telefon berkenaan mempunyai kaitan dengan HONOR X80 Pro Max yang telah dilancarkan di China pada Jun lalu.

Untuk pasaran China, HONOR X80 Pro Max dilengkapi bateri Silicon Carbon generasi baharu dengan kapasiti tipikal 11,000mAh, selain menyokong pengecasan pantas berwayar 90W dan pengecasan berbalik 27W.

Kapasiti bateri itu turut menjadi antara tarikan utama X80 Pro Max apabila HONOR mendakwa ia merupakan yang terbesar dalam industri ketika peranti tersebut diperkenalkan pada 22 Jun 2026.

Malah, telefon itu turut mencatat Guinness World Records bagi ujian siaran langsung ketahanan bateri telefon paling lama. Ujian yang dijalankan dari 8 hingga 9 Jun di Xinjiang, China menyaksikan telefon beroperasi secara berterusan selama 26 jam 8 minit 34 saat, bermula daripada bateri penuh sehingga kehabisan tenaga.

Sambutan terhadap X80 Pro Max di China juga dilihat positif. Menurut angka yang dikongsikan pihak HONOR, model itu menduduki tempat pertama bagi jualan hari pertama dalam kalangan produk Android baharu yang dilancarkan sepanjang 2026 di China.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengatakan model yang bakal hadir ke Malaysia merupakan X80 Pro Max yang sama.

Berdasarkan kebiasaan HONOR sebelum ini, terdapat kemungkinan peranti tersebut akan diperkenalkan di bawah siri X9 generasi seterusnya (dijangka X9e) untuk pasaran tempatan.

HONOR Malaysia dijangka mula memberikan bayangan mengenai peranti berkenaan sempena sambutan Hari Kebangsaan, sebelum pelancaran rasminya yang dikatakan berlangsung pada September.

Jika maklumat ini tepat, ia berpotensi menjadi antara telefon pintar dengan kapasiti bateri terbesar yang pernah ditawarkan HONOR di Malaysia.

{suggest}

Telefon HONOR Dengan Bateri 11,000mAh Dijangka Tiba Di Malaysia September Ini WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts