50 Juta Unit Telefon Pintar Samsung Dilaporkan Tidak Terjual

by Oh! Semput


1
SHARES
15
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 19:00:14

Sebuah laman sesawang bernama TheElec mendakwa sebanyak 50 juta unit telefon pintar Samsung tidak terjual dengan kekal berada di dalam stok para pengedar globalnya.

Samsung dilaporkan menganggarkan sebanyak 270 juta telefon pintar dalam tahun 2022 ini. Bermakna, dakwaan 50 juta peranti samsung yang tidak terjual itu adalah bersamaan dengan 18% dari jumlah anggaran tersebut.

Sebahagian besar peratusan telefon pintar yang tidak terjual itu adalah terdiri daripada siri Samsung Galaxy A.

Keadaan ini menunjukkan permintaan terhadap telefon pintar Smasung pada tahun ini adalah rendah dan tidak seperti yang dijangkakan.

Samsung sebelum ini melaporkan bahawa mereka telah mengilangkan lebih daripada 20 juta unit telefon pintar setiap bulan dari bulan Januari hingga Februari 2022.

Tetapi kini jumlah pengeluaran telefon pintar Samsung telah dikurangkan kepada 10 juta unit sahaja dalam bulan Mei lalu.

: SamMobile

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts