‘Tembak’ PH banyak dosa kepada rakyat, kata Najib

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 03 Aug 2019 19:01:42

Datuk Seri Najib Razak berkata serangan harus tertumpu kepada Pakatan Harapan yang banyak berdosa kepada rakyat. — Foto oleh Miera Zulyana
Datuk Seri Najib Razak berkata serangan harus tertumpu kepada Pakatan Harapan yang banyak berdosa kepada rakyat. — Foto oleh Miera Zulyana

KEMAMAN, 3 Ogos — Datuk Seri Najib Razak menggesa pemimpin dan ahli Umno tidak menyerang sesama sendiri.

Bekas perdana menteri berkata serangan berkenaan harus tertumpu kepada Pakatan Harapan (PH) yang banyak berdosa kepada rakyat, lapor Utusan Online.

“Kita mesti melihat kepada usaha menyatu-padukan Umno sebagai parti yang kalah pada pilihan raya umum.

“Jadi ini bukan masanya untuk kita tembak sesama sendiri tetapi bagaimana kita mahu meningkatkan kekuatan parti.

“Kalau kita nak tembak, kita tembak PH sebab mereka banyak dosa kepada rakyat,” katanya.

Ahli parlimen Pekan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kemaman hari ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts