10 Tempat Menarik di Tenom Tak Pernah Orang Tahu, Wajib Anda Tahu!

by Oh! Semput


17
SHARES
225
VIEWS
Posted on 18 Jan 2019 14:01:16

Tahukah anda bahawa Pekan Tenom adalah ibu kota Daerah Tenom di Bahagian Dalam Negeri Sabah? Ia dianggarkan memiliki sekitar 5,148 penduduk pada tahun 2010. Pekan ini terletak pada jarak 176 kilometer di selatan Kota Kinabalu dan 128 kilometer di utara Long Pasia, yang merupakan tarikan terkenal di Sabah dan turut dikenali dengan nama Fort Birch semasa era pemerintahan J. W. W. Birch.  Pekan ini dianggap sebagai ibu kota tidak rasmi dari masyarakat Murut, mereka sering mengadakan pesta yang paling penting setiap tahun di bandar ini iaitu Pesta Kalimaran. 

tempat menarik di tenom

Imej via [wikipedia]

Nama Tenom asalnya dikatakan dengan Sungai Tonom yang akhirnya menjadi Tonom. Ada juga yang mengatakan bahawa nama Tenom juga dikaitkan dengan salah ejaan oleh rekod pihak British, Tonom menjadi Tenom sehingga ke hari ini.  Maksud Tenom atau Tonom ialah ‘tanah yang subur’. Jadi memang betullah kan, jika anda lihat di seluruh Tenom ini, ia penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan subur. Bagaimana pula dengan tempat menarik di Tenom?

Masyarakat Tenom memiliki pelbagai kepercayaan agama dan budaya. Hampir 80% masyarakat di sini beragama Kristian, 10% beragama Islam dan 10% lagi mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka yang terdahulu. Kebanyakan masyarakat Tenom adalah kaum Murut Tahol yang membawa maksud orang bukit dan perkataan ini diguna pakai untuk merujuk kepada puak di sana oleh para pengkaji zaman dahulu. Kepercayaan kaum Murut Tahol adalah animisme iaitu mempercayai semangat roh dan benda-benda ghaib. Di sini juga terdapat tugu peringatan Antanom, seorang lagenda tenom iaitu Ontoros Antanom merupakan seorang pahlawan Murut yang gagah perkasa menentang penjajahan British di Sabah.

Sejurus anda mendengar sedikit sebanyak sejarah berkaitan Tenom, pasti anda tahu bahawa terdapat banyak tempat menarik di Tenom yang perlu anda masukkan dalam itenari anda.  Jom kita ketahui tempat-tempat menarik di Tenom sesuai untuk anda ke sana.

  1. Muzium Antanom Tenom

tempat menarik di Tenom

Imej via [placesmap]

Pernahkah anda mendengar kisah penentangan para pejuang kemerdekaan semasa penentangan penjajah british di Sabah? Jika pernah, pasti nama Antanom tidak asing bagi anda kan? Di Jalan Tenom Kemabong Tenom, terdapat sebuah muzium yang menarik bagi para pencinta sejarah di Malaysia iaitu Muzium Antanom Tenom.

Nama muzium ini dinamakan ‘Antanom’ iaitu sempena pahlawan Murut di sini yang suatu ketika dahulu merupakan seorang pahlawan yang menentang penjajah di Tenom, Sabah. Di tempat menarik di Tenom ini tersimpan beberapa sejarah mengenai sejarah Tenom, barangan etnik Murut dan pelbagai barangan sejarah sabah lain turut dipamerkan di sini. Anda boleh ke sini setiap hari.  Jangan lupa ajak keluarga anda ke sini untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang sejarah Sabah khususnya mengenai Tenom, sambil-sambil anda makan angin di tempat menarik di Tenom ini.

  1.  Tugu Pahlawan Ontoros Antanom

Imej via [missakalidaf]

Bagi anda yang pernah ke Pekan Tenom, pasti anda pernah melihat tugu yang berdiri megah di tengah-tengah Pekan Tenom ini. Tugu ini dicipta bagi memperingati pengorbanan beliau dalam membebaskan Tenom dari kuasa penjajahan British.

Sesetengah orang beranggapan bahawa nama Ontoros adalah panggilan untuk beliau bagi masyarakat Murut tetapi nama Antanom adalah panggilan yang diberi oleh British kerana menentang kerajaan mereka iaitu Anti-Tenom yang lama kelamaan menjadi sebutan Antanom. Semua itu salah, sejarah yang sebenarnya berada di dalam buku teks sejarah tingkatan 2. Anda masih ingat lagi? Jika tidak, mari saya jelaskan.

Nama beliau sememangnya Ontoros A/L (anak lelaki) Antanom. Jadi nama beliau mengenai anti-tenom hanya kebetulan sahaja.  Ontoros Antanom dikatakan mempunyai semangat yang kuat serta merupakan seorang pahlawan yang luar biasa. Menurut masyarakat setempat pula, Ontoros ini memiliki kuasa sakti dan oleh kerana kepercayaan memiliki kuasa sakti, beliau mendapat sokongan daripada seluruh rakyat dan ketua kampung sekitar Tenom, Persiangan, Keningau dan Rundum untuk menentang kuasa kerajaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB).  Akhirnya pada tahun 1915, Ontoros terbunuh bersama-sama pengikutnya semasa kejadian rusuhan Rundum.

  1.  Crocker Range National Park

tempat menarik di tenom

Imej via [borneoecotours]

Tempat menarik di Tenom ini sesuai bagi anda yang meminati keindahan alam semula jadi dan ingin melihat pelbagai jenis haiwan di sini.  Anda boleh ke Crocker Range National Park di Keningau. Walaupun Keningau ini diluar daerah Tenom, tidak mengapa kan kerana ia masih berdekatan dengan Tenom. Taman Negara Banjaran Crocker ataupun Crocker Range National Park ini ditubuhkan pada tahun 1984 dan pernah dilindungi sebagai rizab hutan. Ia meliputi Range Crocker utara sehingga selatan, dari 1200-1800 meter di Sabah.

Sekitar ibu pejabat tempat menarik di Tenom ini, terdapat resort yang menyediakan perkhidmatan penginapan dan makanan untuk anda. Kemudahan pengunjung lain seperti pusat pameran, serangga, menara pemerhatian dan jejak tracking juga boleh didapati di sini.  Taman yang meliputi 1,399 kilometer per segi adalah taman terbesar di Sabah. Ia terdiri daripada hutan bukit dan gunung yang mempunyai banyak spesies flora dan fauna. Penyelenggaraan perlindungan hutan ini adalah penting untuk memastikan bekalan air tulen bagi kebanyakan bandar dan masyarakat di Sabah berjalan lancar.

Tempat menarik di Tenom ini mengandungi sekurang-kurangnya lima spesies ‘primate’ seperti orang utan, mawas berbulu dengan mata bulatnya yang sangat besar dan kera ekor panjang yang sangat riang. Anda juga boleh melihat Sungai Padas yang membelah antara Beaufort dan Tenom.

  1.  Tenom Coffee Valley

tempat menarik di tenom

Imej via [BOMBASTIC BORNEO]

Sekiranya anda sudah letih bersiar-siar di tempat menarik di Tenom ini dan menginginkan secawan kopi yang sedap, jom kita ke Tenom Coffee Valley. Terletak di Jalan Ahmad Raffai dan ia beroperasi setiap hari pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Tenom Coffer Valley ini sememangnya tempat menarik di Tenom untuk anda singgah.  Anda boleh menikmati makanan dan minuman berasaskan produk kopi yang yang sedap dan lazat khas untuk anda sambil menghirup udara segar. Antara produk kopi yang sedap-sedap dan pasti memikat citarasa anda ialah Tenom Black Coffee (Kopi Hitam Tenom), Cappuccino, Latte, Mocha, Caramel Macchiato, Teh, jus buah-buahan, kek, muffin dan sebagainya.
  1.  Pusat Kebudayaan Murut

tempat menarik di tenom

Imej via [sabah]

Pusat Kebudayaan Murut juga boleh dikatakan sebagai salah satu tempat yang menarik di Tenom dan terletak lebih kurang 13 kilometer dari Tenom.  Ia berlokasi di Kampung Pulong yang sememangnya sangat menarik untuk anda kunjungi dan pelajari. Tempat ini merupakan satu-satunya tempat yang memaparkan seni bina dan kebudayaan serta tradisi khas Kaum Murut.

Anda dapat melihat banyak bahan bersejarah yang dipamerkan di sini termasuklah peralatan, pakaian, alat muzik seperti gong dan sebagainya. Untuk masuk ke Pusat Kebudayaan Murut ini, anda haruslah membayar yuran sebanyak RM 5.00 selaku orang dewasa dan pelajar pula dikenakan RM 3.00 seorang. Waktu tempat menarik di Tenom ini beroperasi adalah pada pukul 9 pagi sehingga pukul 4.30 petang pada setiap hari.

  1. Pammos View – Batu 15.5 Kampung Pamilaan

tempat menarik di tenom

Imej via [LensaMuar]

Adakah anda mencari tempat yang mempunyai suasana tenang dan damai serta menarik untuk seisi keluarga? Mari kita ke Pammos View yang terletak di Kampung Pamilaan, Tenom. Ia terkenal sebagai tempat utama penduduk dari daerah Tenom untuk beriadah, bermandi-manda, berbeku dan juga beristirehat terutamanya pada waktu hujung minggu dan waktu cuti sekolah.

Tempat ini terletak lebih kurang 28 kilometer sekiranya anda bertolak dari pekan Tenom.  Kos mendaftar masuk ke Pammos View ini hanyalah RM 2.00 seorang dan tiada yuran dikenakan kepada kanak-kanak dibawah 5 tahun. Pelbagai kemudahan seperti kedai runcit serta penginapan khas bagi sesiapa yang bercadang untuk menginap atau merasai suasana tenang di tempat ini juga disediakan.

  1.  Taman Pertanian Lagud Sebrang

Imej via [littlemamastory]

Jika anda ingin mengadakan pre-wedding yang menarik di Tenom dan ingin mendapatkan gambar-gambar menarik berlatar belakangkan tanaman-tanaman yang segar, saya sarankan anda ke Taman Pertanian Lagud Sebrang.  Tempat menarik di Tenom ini terletak 10 Kilometer dari Tenom, tidaklah jauh sangat kan?

Taman Pertanian Tenom Lagud Sebrang merupakan salah satu daya tarikan terbaik di Daerah Tenom dengan pelbagai jenis dan spesis tanaman boleh anda temui di tempat ini.  Kawasannya pula memang bersih, teratur dan cantik. Segala tanaman ditanam secara terancang dengan landskap yang menarik. Anda boleh meluangkan masa di Jungle Trekking, Muzium Tumbuhan Hidup, Taman Haiwan dan sebagainya.

  1.   Padas White River Rafting

tempat menarik di tenom

Imej via [journeymalaysia]

Padas White River Rafting terkenal dengan sukan air dan aktiviti lasak seperti berkayak ataupun raftling. Bagi anda yang meminati sukan lasak seperti ini, memang sesuai untuk anda terjah ke Padas White River Rafling kerana ia terletak di Sungai Padas, Tenom.  

Anda perlu menaiki kereta api dari Stesen Kereta api Tenom selama 40 minit ke Stesen kereta api Pangi untuk sampai ke lokasi ini. Namun begitu, jangan risau kerana tambang keretapi sangat murah dan berpatutan disamping anda boleh mendapat pengalaman menaiki keretapi bagi sesiapa yang belum pernah menaiki kenderaan ini. Perlu diingatkan bahawa aktiviti ini adalah berbentuk pakej dan anda perlu berhubung dengan ejen sukan lasak yang bertauliah dan boleh dipercayai bagi mengatur aktiviti ini.

  1. Kilang Kopi Fatt Choi

tempat menarik di tenom

Imej via [syuhadasalleh]

Mungkin ada di antara anda yang inginkan kopi ala-ala Starbucks dan tak jumpa cari di kawasan Tenom ini, anda bolehlah datang ke Kilang Kopi Fatt Choi. Kilang Kopi Fatt Choi terkenal oleh kerana daya tarikannya yang tersendiri malah ia dikenali sebagai Starbucks Coffee di Tenom kerana rasa kopinya yang sangat sedap. Rasa kopi yang lazat dan berlemak memukau selera ramai pelanggan dan kedai ini sentiasa dikunjungi ramai sekaligus diminati oleh setiap penggemar kopi. Mudah sahaja untuk pergi ke tempat menarik di Tenom ini.  Jika anda bersiar-siar di sekitar Tenom, anda pasti akan melalui kedai kopi ini kerana laluannya amat strategik dan mudah ditemui.
  1.  Kilang Kopi Yit Foh

Imej via [tempatmenarik]

Selain dari Tenom Coffee Valley dan Kilang Kopi Fatt Choi, tempat menarik di Tenom yang berasaskan kopi masih belum tamat.  Apa nak buat, tempat menarik di Tenom ini adalah ‘Syurga kopi’ bagi penggemar kopi di Malaysia dan kopi di sini jauh lebih segar berbanding di Cameron Highlands juga.

Tahukah anda, Kilang Kopi Yit Foh yang terletak 5 kilometer dari Pekan Tenom sememangnya tidak asing lagi bagi penduduk setempat kerana selain kawasan kilang yang cantik, anda juga boleh duduk dengan secawan kopi pada harga yang berpatutan dan boleh beli kopi terus dari kilang ini. Anda juga boleh mendapatkan produk kopi dalam bentuk cenderahati dalam kotak khas untuk diberikan kepada keluarga tersayang atau rakan-rakan sebagai hadiah kenang-kenangan. Tempat menarik di Tenom ini dibuka pada pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang setiap hari.

tempat menarik di tenom

Imej via [infosantai]

Banyak lagi tempat menarik di Tenom yang pasti membuatkan anda tidak sabar untuk bercuti di sini. Apa kata kali ini anda menghabiskan masa bercuti di tempat menarik di Tenom yang tidak ramai orang tahu ini! Jom baca tempat menarik di Taiwan dan tempat menarik di Manila pula.

Rujukan

  1. Tempat Menarik
  2. Wikipedia
  3. Facebook

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts