by Oh! Semput
Cadangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun mendapat pujian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Memetik laporan daripada Berita Harian, beliau menyatakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar dihormati kerana berani menawarkan dirinya sendiri untuk tertakluk kepada had tempoh tersebut.
Azalina berkata tidak ramai pemimpin sanggup mengehadkan kuasa sendiri walaupun perkara itu sering dibincangkan sebelum ini.

Perkara tersebut dinyatakan ketika sesi soal jawab bersama mahasiswa sempena Majlis Penutup Program Townhall Kerangka Akauntabiliti MADANI 2026 di Akademi Perundangan Negara (APN).
Mengulas lanjut, Azalina memberitahu cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri penting bagi mengelakkan seseorang pemimpin menjadi terlalu berkuasa apabila terlalu lama memegang tampuk pentadbiran negara.

: Berita Harian (Fahmy A Rosli)