“Tengah bulan, kami pun sesak..” – Ben Ali & isteri tak amal hidup bermewah

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 24 Jan 2021 10:31:36

Sebelum ini, pelakon Ben Ali mengakui tidak kesal bagi melupakan dunia lakonan kerana mahu memberi sepenuh perhatian terhadap perniagaan yang ditubuhkan.

Walau bagaimanapun, usahanya itu tidak sia-sia apabila bisnes jenama Absolut Chocolat itu menarik ramai pelanggan untuk membeli produknya.

alt

Memetik laporan Astro Gempak, aktor drama Seindah Takdir Cinta itu mendedahkan dirinya dan isteri Nadiyah Shahab mengambil bayaran gaji untuk diri sendiri selepas setahun membangunkan jenama tersebut.

Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan berkata, gaji diambil oleh mereka bukan dalam jumlah yang tinggi tetapi hanya sekadar cukup perbelanjaan tetap.

alt

“Saya dengan Nadiyah ambil gaji bulanan, tetapi gaji yang kami ambil rendah sahaja. Ada gaji pekerja yang lagi tinggi dari gaji kami.
“Bila dah ambil gaji, saya cakap tak nak banyak. Cukup sekadar untuk belanja makan, pakaian dan keperluan asas. Kami sengaja praktikkan kehidupan yangs sederhana dan tidak melebih-lebih,” ujarnya.

alt

Tambah aktor yang berusia 30 tahun itu, dia sering mengingatkan bahagian pengurusan Manusia (HR) untuk segera menyelesaikan pembayaran.

“Saya dan Nadiyah memang tak suka bayar gaji pekerja lambat. Kami selalu ingatkan HR untuk segera uruskan gaji pekerja,” katanya.

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada November 2018 yang berlangsung di Singapura.

: Astro Gempak

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts