Tengku Abdullah pegang rekod Putera Mahkota kedua paling lama

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 12 Jan 2019 15:02:29

12 Januari 2019 6:48 PM

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam merupakan seorang yang pengalaman luas dan memegang rekod dunia kedua paling lama menjadi Putera Mahkota selepas Putera Wales, Putera Charles.

Tengku Abdullah yang dilahirkan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan menjadi Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun setelah secara rasmi dilantik sebagai Waris Ganti pada 1 Julai 1975 iaitu sehari selepas baginda genap berusia 16 tahun.

Baginda memikul amanah berkenaan selepas ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah dimasyurkan secara rasmi sebagai Sultan Pahang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan nenda baginda, Sultan Abu Bakar pada 5 Mei 1974.

Putera Charles telah memegang gelaran "Putera Wales" sejak 1958.

Tengku Abdullah yang merupakan cahaya mata keempat pasangan dan juga putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Tengku Afzan Tengku Muhammad, kemudian dimasyhurkan secara rasmi pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Ini menjadikan baginda seorang yang cukup arif dalam selok belok hal ehwal pentadbiran negeri ditambah lagi telah dua kali dipertanggungjawabkan menjadi Pemangku Raja Pahang sebelum diumumkan akan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri oleh Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang pada hari ini. - Bernama
 

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts