Tengku Zafrul Maklumkan Malaysia Tidak Terlibat Dalam Perang Tarif – “Tindakan Membalas Tarif Adalah Tidak Produktif”

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 21 Apr 2025 10:00:59

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan Malaysia tidak akan melibatkan diri dalam perang tarif bersama Amerika Syarikat (AS), sebaliknya memilih jalan rundingan untuk mencapai kemenangan buat kedua-dua pihak.

Mememtik laporan Kosmo! Online, Tengku Zafrul berkata, bagi merealisasikan matlamat itu, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan bersama wakil pelaburan dari AS di Washington pada Khamis ini.

Advertisement

tengku zafrul

 

Katanya, Malaysia bersama-sama rakan negara ASEAN juga telah bersetuju untuk tidak memperkenalkan tarif balas.

Malaysia komited mencapai penyelesaian yang dapat mengekalkan akses pasaran dan rantaian bekalan penting, menarik pelaburan asing berterusan serta menyokong kebajikan pekerja dan perniagaan kita.

 

Daripada perspektif ASEAN, tindakan membalas tarif adalah tidak produktif. Sebaliknya, rantau ini berhasrat berinteraksi secara konstruktif dengan AS untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dan menangani cabaran bersama.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul menyifatkan semangat kesepaduan yang ditunjukkan oleh negara-negara ASEAN dalam isu ini sebagai sangat positif dan membina.

tengku zafrul

Kita mesti mencari penyelesaian yang boleh diterima bersama, adil dan saksama terhadap isu ini, baik secara dua hala mahupun pelbagai hala. Proses ini panjang dan kompleks, namun kita akan lakukan yang terbaik.

 

Malaysia memahami kebimbangan dan kesukaran diakibatkan tarif ini terhadap pekerja, pengeluar dan perniagaan kita. Kami tekad untuk mengatasi dan menyesuaikan diri dengan cabaran ini sebagai sebuah negara.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

donald trump
2 hours ago

"Pemimpin Dunia & Tokoh Korporat Ambil Serius Dasar Tarif" - Donald Trump

Tengku Zafrul Maklumkan Malaysia Tidak Terlibat Dalam Perang Tarif – “Tindakan Membalas Tarif Adalah Tidak Produktif” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts