Tengku Ampuan Pahang Berkenan Menyantuni Dua Anak Mangsa Kebakaran Di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 02 Mar 2026 10:01:58

KUANTAN: Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pada Sabtu, berkenan berangkat menyantuni dua anak kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, dan adiknya, Ahmad Balia Murqam, 15, bukan sahaja kehilangan ibu bapa, malah tiga adik beradik mereka turut terkorban.

(Foto: Ehsan Kesultanan Pahang)

Tunku Azizah menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan nasib dua beradik itu dengan menitahkan agar pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi membela nasib mereka terutama membabitkan penjagaan dan pendidikan.

“Selain menitipkan nasihat dan kata-kata semangat, baginda turut menyampaikan kurniaan peribadi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan baginda sendiri,” menurut hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.

Kelmarin, lima sekeluarga meninggal dunia dalam kebakaran iaitu suami isteri, Mohd Alawi Mohammad, 56, dan Zaleha Adam, 44, serta tiga anak mereka Ruby Batrisya, 17; Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azian Barizah, 9.

Namun, Ruby Adalia Balqis dan adiknya, Ahmad Balai Murqam terselamat selepas masing-masing berada di asrama di Kolej Matrikulasi Gambang, di sini dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong, Raub.#BuletinTV3

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts