Tengok wayang 'Mat Kilau' tak haram, kerana...., kata Pemuda Pas

by Oh! Semput


2
SHARES
28
VIEWS
Posted on 27 Jun 2022 23:01:21

Demam filem Mat Kilau melanda negara kita, selepas 4 hari tayangan, jumlah kutipan dianggarkan mencecah lebih RM10 juta. Ramai yang menyokong dan turun padang menyaksikan sendiri keunikan filem terbaru arahan Shamsul Yusof ini.

Baru-baru ini Ketua Pemuda Pas iaitu Ahmad Fadhli Shaari ada memuat naik di laman sosial yang mengatakan dia menonton filem Mat Kilau di sebuah pawagam di ibu kota.

Tindakan beliau mendapat kecaman dari ramai netizen kerana menyifatkan parti itu hipokrit kerana tidak membenarkan panggung wayang beroperasi di Kelantan.

Tidak mahu netizen terus membuta-tuli mengecam tindakan Ketua Pemudanya itu, facebook rasmi pemuda pas tampil mempertahankan tindakannya itu dengan memberi beberapa penerangan mengenai adab menonton wayang yang dibenarkan Islam.

Hantaran itu dikemaskini oleh admin page tersebut yang menggunakan nama 'zack', beliau dilihat mempertahankan tindakan Ahmad Fadhli dengan memberi beberapa penerangan mengenai adab menonton wayang yang dibenarkan Islam.

"Tengok wayang bukan haram terus. Kalau cerita ditayangkan itu seru kepada kebaikan, ajak orang kenal sejarah, ajak cintakan negara, itu tak haram.

"Kalau cerita ditayangkan itu pelakonnya semua tutup aurat, tengok wayang jaga batas syarak, itu tak haram," menurut kenyataan itu.

Zack turut menjelaskan pendirian Pemuda Pas yang menyatakan panggung wayang tetap dikategorikan haram sekiranya tidak menepati syariat Islam.

"Tengok wayang haram kalau duduk berdua-duaan dengan bukan mahram, sebelah-sebelah, tengok wayang cerita cintan-cintun, ajak kepada kemaksiatan dan tiada nilai pengajaran.

"Tengok wayang sampai lupa solat, masuk waktu solat pun masih di pawagam, itu haram," jelasnya.

Dalam pada itu 'Zack' turut menjelaskan Pemuda Pas membantah pembukaan pawagam di Kelantan bagi menjaga kesucian agama Islam.

"Betul, kita tidak setuju buka panggung wayang dibuka dekat Kelantan selagi panggung wayang itu tak selesaikan bab-bab yang kita sebut tadi, bab yang bawa kepada haram tengok wayang.

"Kalau panggung wayang boleh asingkan tempat duduk lelaki, perempuan dan keluarga, boleh 'set' tiada tayangan semasa waktu solat, boleh pastikan cerita yang ditayang betul-betul patuh syariah, tak ada masalah. Kita pun setuju.

"Tengok (di) Terengganu. Ada panggung wayang. Dekat sana semua panggung wayang diasingkan tempat duduk lelaki, perempuan dan keluarga. Dekat sana tiada cerita ditayangkan semasa waktu solat, ada Pemuda Pas bantah? Kita raikan lagi," katanya.

"Kami beli 20 'seat'. Semua lelaki. Tak ada siapa duduk sebelah perempuan," jelas admin Zack menutup hantaran di facebook.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Artikel : facebook Pemuda PAS Malaysia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts